Pages

Wednesday, March 15, 2017

Throwback result degree and master

Salam dan salam sejahtera

Lepas tulis thesis tadi, try throwback balik results yang dapat masa degree dan master dulu. Lepas tgk rasa bersemangat pula untuk buat PhD ni. Bagi saya not bad la result masa degree dan master dulu. Bangga la jugak haha... result paling rendah ialah C, kalau C- minus memang kena repeat dah paper tu. So ada la several subject yang dapat C, mmg pointer pun rendah kalau ada dalam sem tu dapat C. Tp xpe la kira ok la sbb subject yg dapat C tu memang x berapa faham sangat masa dalam kelas dan maybe jarang buat latihan pasal subjek tu. Kadang2 tu terfikir jugak kenapa x wat elok elok kan tp x elok la, sbb asyik kata kenapa je, memang x baik kalau selalu cakap kenapa, Allah SWT pun x suka. So di bawah ni throwback subjek2 yang di ambil masa degree dulu dan resultnya. Just nak bagi semangat je kt saya untuk buat yang terbaik untuk PhD ni dan pada masa yang sama untuk bagitau ni adalah senarai subjek yang ditawarkan dalam kos electrical engineering (telecommunication) dekat UTM. Ok, lets check it out,,,

Session 2007/2008 Semester 1
1) Programming Techniques C   Result (B)
2)Basic Electrical Engineering    (C)
3)Digital Electronics  (B)
4)Calculus  (B-)
5) English for Academic Communication (A)
6) Ethnic Relations (A)
-So GPA adalah: 3.02 and CGPA: 3.02

Session 2007/2008 Semester 2
1)Circuit Theory (C+)
2)Instrumentation and Electrical Measurement (A)
3)Electrical Engineering Workshop (HL)
4)Differential Equations (B)
5) Islamic and Asian Civilisation (A)
6) Equestrian I (A)

CPA: 3.33 CGPA:3.16

Session 2008/2009 Semester 1
1)Signal and networks (A-)
2)Electronic Devices (C)
3)Second year laboratory (A)
4)Engineering Mathematics (A+)
5)Advanced English for Academic Communication (B+)
6)Effective Communication (A-)

CPA : 3.40  CGPA: 3.25

Session 2008/2009 Semester 2
1)Electrical Technology (B+)
2)Control: Modelling and Simulation s(B+)
3)Electronic Circuits (B)
4)Electromagnetic Field Theory(C+)
5)Numerical Methods (A)
6)Islam and Contemporary Issues (A-)

CPA :3.25   CGPA :3.25

Session 2009/2010 Semester 1
1)Digital System (B+)
2)Electronic Systems (B-)
3)Communication Principles (B+)
4)Common Third Year Laboratory (A)
5)Digital Signal Processing I (B-)
6)Engineering Statistics (A)

CPA : 3.29   CGPA:3.26

Session 2009/2010 Semester 2
1)Microprocessor (B)
2)Microwave Engineering (A)
3)Digital Communication Systems (A)
4)Specialized Third Year Laboratory (A)
5)English for Workplace Communications (A-)
6) Student Counselor I ( A)

CPA: 3.74  CGPA:3.33

Session 2010/2011 Semester 1
1)Professional Engineering Practice (A)
2)Antenna and Propagation (B+)
3)Data Communication and Switching System (A)
4)Fourth Year Laboratory (A)
5) Project Part I (A+)
6)Engineering Economics (A+)

GPA: 3.86  CGPA: 3.40

Session 2010/2011 Semester 2
1)Optical Communication System (A)
2) Wireless Communication System (B)
3)Electronica Communication  (B+)
4)Project Part 2 (A+)
5) Engineering Management (A-)

GPA : 3.62  CGPA : 3.43

So, that's it, saje je yang saya nk throwback and wat rujukan.

Monday, March 6, 2017

"Mistake but...."

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah masih boleh menghirup udara segar di bumi Allah, hari ni baca jurnal paper je dan tengah run simulation antenna using FEKO software, tadi tengahari g makan kat sebelah penerbit and lepas tu pergi arked meranti untuk beli yogurt dan biskut, masa tengah tengah naik motor tu lalu dekat fakulti kejuruteraan kimia, rasa sedih tiba tiba sebab terkenangkan masa matrik dulu. Sedih sebab x belajar elok elok, walaupun sem 1 masa matrik ok tapi masa sem 2 jatuh. Result sem 1, 3.79, result sem 2, 3.45, so secara puratanya result saya ialah 3.62, memang sedih sangat sbb x belajar betul2, masa spm pun kadang2 terpikir x blajar english elok2, sbb english masa spm dapat 4B, teruk jgk tu results. Selepas abes matrik masa isi borang UPU untuk masuk u bagi pengajian degree, ada 8 pilihan course dalam borang upu tu, yang pilihan pertama saya pilih farmasi dekat uitm, yang kedua pilih kejuruteraan kimia dekat UKM, and yang ketiga pilih UTM course kejuruteraan elektrik telekomunikasi, yang keempat dan seterusnya saya dah x ingat dah. Tapi yang dapat nya adalah pilihan ketiga.
   Masa dapat keputusan tu hanya Allah je yang tahu terkejutnya saya dan x disangka dpt kos ni, sedihh memang x dapat di bayangkan, memang betul2 silap pilih kos ni, dah lah UTM jauh kt johor pulak tu lepas tu kos elektrik xde kaitan langsung dengan subjek yang di ambil masa belajar kt matrik dulu, kt matrik belajar kimia, bio, matematik dan bahasa inggeris. Adusss memang betul2 x di jangka keputusan ni, silap saya jugak sebab masa isi tu  x pikir betul2. Kalau ikutkan untuk tukar course memamg boleh sebenarnya, asalkan sama universiti, tp saya x terfikir pun pasal ni, sbb cos kejuruteraan kimia ada je dekat UTM ni so boleh tukar cos masa awal2 dulu. Tp entahla x terpikir pun masa tu, sampai la saya start sem 1 degree. Saya x tau apa yang saya belajar, dahla subjek asas kejuteraan elektrik dapat C and subjek2 lain pun dpt B macam tu je. Semua subjek yang saya ambik xde kaitan langsung dengan subjek yang saya ambik masa matrik dulu, kalau guna pun subjek matematik je. Sebab engineering memang banyak kena guna subjek matematik.
     So, secara ringkasnya, memang saya dah buat mistake dalam life saya ni sejak degree lagi, mula2 masuk hanya tuhan je tahu huhu, ntahla sedih rasanya, kalau fikirkan balik ni adalah takdir yang Allah tetapkan, tp kadang2 tu bila down jadi cmnila, depressed. Masa sem 1 degree memang x ok result saya, tapi lepas masuk sem 6 result saya makin ok, saya dapat 3.74  dan sem 7 dapat 3.86 dan sem 8 dapat 3.62, so puratanya result masa degree dapat 3.43. Ini maybe disebabkan masa sem2 akhir saya banyka belajar subjek telekomunikasi berbanding elektrik. Ermm agak ok la, tapi bagi saya result ni x ok, xtau la kenapa. Nak dijadikan cerita, masa saya sem 7, akhir sem 7, ada kawan saya dari sekolah menengah contact saya melalui chat facebook, saya ok je sbb kenal mcm biasa, lepas tu kami berhubung melalui google talk yang memang famous dulu apps ni. Sampaila dia datang rumah saje dtg melawat saya time raya, lepas tu hubungan kami makin serius, dan saya dah start berharap yang hubungan ni berkekalan sampai ke alam perkahwinan, tp x lama lepas tu, masa saya sem 8, final sem, kami putus and x contact langsung dengan satu sama lain. Masa tu saya betul2 depresss dan saya x boleh fokus langsung dalam kelas, saya merasa down dan sampai saya jarang bercakap, mula senyap dan apabila kawan2 tanya saya x cakap byk mana. Kawan2 saya perasan saya dah mula berubah, sbb dulu saya kerap bercakap dan happy macam biasa, tp skrang dah jadi pendiam. Sampaila saya habis degree bulan may tahun 2011, masa tu memang dah kritikal lebih2 lagi saya x dpt kerja, depression saya makin bertambah, banyak company saya pergi interview tp x dapat.
        Masa saya berkawan dengan kawan sekolah saya tu, dia pernah bagitau saya untuk suruh saya  sambung belajar master, masa tu saya terus dalam dilema mana satu saya kena pilih, samada sambung belajar atau kerja. Kalau ikutkan masa saya degree dulu, sebelum saya berkawan dengan dia, hati saya betul2 teguh dan kuat pendirian saya, yang saya ingin bekerja selepas tamat degree, langsung xde dalam fikiran saya untuk sambung belajar, sbb memang saya x minat langsung kos yang saya ambik ni, tp disebabkan kerana kawan saya tu, saya mula dalam dilema, masa interview kerja pun saya x focus. Tp kalau ikutkan, mmg Allah dah tetapkan jalan saya ke arah sambung belajar, sebab saya dah berusaha dah untuk dapatkan kerja tp x dapat, selama setahun saya mohon kerja tp x dapat, so saya berkeputusan untuk sambung belajar, sampai la ke hari ni saya tengah buat PhD, tapi yang saya sedihnya, life saya so miserable, belajar benda yang saya x minat, setiap hari saya kena baca dan menghadap benda yang saya x minat, mmg menyeksakan, tapi saya dah xde pilihan lain, hanya tu je yang saya boleh pilih. Tp xpela saya redha dengan ketentuan Allah, mungkin ni jalan yang terbaik  yang Allah dah tetapkan untuk saya. That's it for today...

Saturday, March 4, 2017

"Home Sweet Home"


-->

--> -->

First story

Assalamualaikum, ni first time wat blog..xtau aper2 pun psl blog..erm agak kesian la jgk, blaja smpai kt u, tp buta IT..dat's why tulis tajuk novice (orang baru), sentiasa sedar dgn diri yg kerdil ini...orang bijak pandai ckp, nk memulakan sesuatu perkara baru kita mesti kena tau apa objektifnya..so objektif sy menulis blog ni adalah utk bagi motivasi 4 myself, nk hilangkan boring, nk blaja menulis karangan n yg plg utama ilangkn stress!!!...nk tulis je apa yg terfikir, erm tp bukan crita khayalanla,mengarut or reka sendiri but true story...apa yg berlaku dlm kehidupan yg mengajar kita erti kesabaran, kehidupan, pendirian dlm hidup n kasih syg antara keluarga, sahabat, alam sekeliling dan yg paling utama ialah cinta dan kasih pada Rasulullah SAW and Allah SWT...to be continue....


P/s: today saya check dekat draft dalam blog account saya, rupanya masa saya mula-mula buat blog ni, saya ada tulis macam ni dekat draft, haha kelakar betul, ok that's it, hehe=)

Master

Assalamualaikum and salam sejahtera

        Lama sudah menyepi, hampir 8 tahun meninggalkan blog tanpa menulis apa2. Tak dinafikan semakin menginjak usia semakin sibuk saya dibuatnya..Saya grad ijazah sarjana muda pada september 2011, konvo dekat UTM. Time ni masih lagi kurus berat ideal dalam 45Kg, tapi selepas 6 tahun berat sudah naik sehingga 70 Kg, saya pun tak tahu kenapa maybe metabolism saya semakin turun dan stress semakin meningkat disebabkan banyak perkara yang perlu dilakukan. So dari situ saya mula makan banyak seperti junk food, fast food dan minuman-minuman manis. Selepas saya habis degree tahun 2011, saya stay dekat rumah di kampung selama setahun, dan selepas itu pada september 2012 saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (master) di UTM dalam bidang kejuruteraan elektrik. Sepanjang september 2011 sehingga september 2012 saya menghabiskan masa dekat rumah, so ini juga merupakan faktor kenapa berat badan naik, sbb saya x buat apa-apa hanya tidur, makan dan tengok tv, sepanjang saya duduk rumah selama setahun ketika itu jugalah saya memohon kerja di kuala lumpur, saya stay duduk dekat rumah kakak saya di gombak sekejap, saya mohon kerja dan pergi interview setiap kali kalau dapat panggilan dan email dari mereka, hampir dekat 10 interview jugak saya pergi, tapi still x de rezeki, tapi pada bulan February 2012 saya dapat email dari syarikat Silver Ridge Holding Berhad untuk jawatan Engineer, gaji untuk tempoh percubaan selama 3 bulan, adalah rm 1800 untuk sebulan, unfortunately saya bukak email tu lambat dalam sebulan lepas tu saya tengok email dari mereka, jadi tawaran kerja itu terbatal sebab mereka x dapat respons dari saya, so mereka ingatkan saya tidak berminat dengan tawaran kerja tu, silap saya jugak sbb x check dalam masa sebulan selepas tarikh mereka hantar email kt saya, sedih la jgk sbb terlepas kan offer kerja tu, sbb company tu memang betul2 match dengan saya punya qualification and course yang saya ambik masa belajar degree dulu.
    Banyak perkara yang berlaku masa saya berada di rumah kakak saya di Gombak, banyak kenangan yang tak dilupakan ketika berada di situ, selepas tu saya stay dekat rumah di kampung selepas saya apply untuk sambung belajar di peringkat master, dan pada september 2012 saya mendaftarkan diri di UTM Johor pada 5 september 2012, pada masa ni memang saya betul2 miskin sbb dah x de duit apa2 sbb saya x bekerja langsung time tu, saya hanya duduk dekat umah di kampung dan juga semasa di gombak, jadi saya x tahu macam mana nk bayar yuran utk sem 1 masa saya mendaftarkan diri pada september tu, nasib baik la mak saya bagi pinjam rm1000 untuk daftar, saya tanya orang yang bahagian bendahari dia kata boleh bayar 1000 dulu, dan selepas tu baru boleh bayar untuk baki yuran seterusnya Alhamdulillah syukur saya dibuatnya, so selepas mendaftar tu saya masuk kolej dan ada bilik sendiri. Selepas tu saya apply research student grant (RSG) under grant supervisor saya, dan Alhamdulillah saya dapat rm1600 sebulan dalam tempoh beberapa bulan dan seterusnya saya kena perbaharui kontrak saya untuk dapat duit grant bagi untuk bulan-bulan seterusnya, Alhamdulillah dengan duit tu saya boleh bayar baki yuran yang tertunggak sebelum ni dan untuk perbelanjaan harian, saya dapat berjimat duit ni untuk tiap2 bulan sebab saya hanya menaiki motor untuk pergi ke lab so x yah bayar bulanan untuk kereta, daripada duit itu jugaklah saya bayar semua hutang PTPTN saya sebanyak rm5000, saya pinjam sikit dari PTPTN ni sebab saya dapt JPA masa saya sem 2 degree dulu, so Alhamdulillah saya dah xde hutang apa2 lagi dah, saya jugak dapat tawaran biasiswa myBrain dari KPT, diorang bayar yuran saya untuk setiap sem sampai saya habis belajar. Alhamdulillah juga saya dapat Graduate On Time (GOT) di UTM, tapi saya ada postpone jugak satu sem masa taun 2013 sebab ingin berehat kejap, tp pihak mybrain melanjutkan pembiayaan yuran saya untuk sem seterusnya, Alhamdulillah, jadi untuk empat empat sem yuran saya ditanggung oleh MyBrain, pada 2 Feb 2015 saya hantar thesis saya untuk peperiksaan lisan (Viva) dan selepas 3 bulan diorang panggil saya viva pada Mei 2015, Alhamdulillah saya pass viva saya dengan minor correction  3 bulan, dan akhirnya saya hantar hard bound thesis saya pada bulan 8 kalau x silap saya dan saya grad master saya pada bulan oktober 2015, pada tahun 2015 memang menyedihkan bagi saya sebab saya kehilangan ayah saya yang saya sangat sayangi pada 2 Jan 2015, saya lalui liku-liku tahun itu dengan hati yang redha dengan ketentuan yang Allah bagi, sedih memang tak dapat diucapkan, tapi saya redha dengan takdir yang Allah tetapkan.
        Seterusnya pada  8 oktober saya mendaftarkan diri dalam pengajian PhD saya pada tahun yang sama iaitu tahun 2015, dan sehingga hari ini saya sudah berada di sem yang keempat. Banyak betul perkara yang terjadi selama 6 tahun ni selepas saya grad degree dulu. Alhamdulilah sekarang saya sudah ada master dari UTM. Jadi saya ingin habiskan PhD saya dengan jayanya InsyaAllah. So, setakat ni sahaja untuk hari ni. Semoga Allah permudahkan urusan saya, aminn...

Wednesday, June 29, 2011

Renungan Part 3: Israk Mikraj



~In the name of Allah-The Most Gracious and The Most Merciful~


Salam to all readers~Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberikan lagi satu nafas untuk kita terus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini....entri saya pada kali ini adalah untuk berkongsi tentang peristiwa penting yang telah berlaku di dalam bulan Rejab....iaitu peristiwa Israk Mikraj. Sempena israk mikraj ini juga kita disunatkan untuk berpuasa pada hari ini. Jadi di bawah ini juga saya ingin kongsikan apa yang berlaku pada malam Israk Mikraj itu dan beberapa amalan lain yang baik dilakukan di dalam bulan Rejab. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada pengisian ini.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan di dalam bulan Rejab

1) Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2) Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3) Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

4) Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepadaNya

5) Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah SAW dan sirah Islam lain


Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di'mikraj'kan (di bawa naik ke atas) ke Sidatul Muntaha untuk menghadap Allah SWT, dimana solat 5 waktu telah difardhukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Sunday, June 26, 2011

Renungan Part 2: Wanita Solehah Hiasan Dunia




~In the name of Allah-The Most Gracious and Most Merciful~


Salam to all readers~..indahnya dunia ini jikalau ianya dipenuhi dengan wanita-wanita solehah, wanita yang tinggi akhlak dan berbudi pekerti mulia...di bawah ini ada satu perkongsian yang ingin saya kongsikan tentang apa yang di jawab oleh seorang ahli matematik Islam iaitu Al-Khawarizmi tentang wanita terbaik.


Jawapan yang di jawab oleh Al-khawarizmi:

Jika dia solehah & beragama =1
Jika dia cantik,tambah 0 kpd 1 =10
Jika dia kaya,tambah lagi 0 =100
Jika dia dr keluarga baik2, tambah lagi 0 =1000

Tetapi jika yg "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pd wanita tsebut kecuali "0".

Alhamdulillah, satu jawapan yang sangat ringkas tetapi penuh dengan pengertian dan simbolik, harap boleh dijadikan panduan kepada kita duhai wanita..saya sendiri sekarang ini pun sedang berusaha untuk berhijrah untuk menjadi wanita solehah dan yang terbaik di sisi Allah...insyaALLAH..Allahumma amin.
 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template