Pages

Sunday, March 6, 2011

Melancong ke Thailand


Salam sejahtera kepada anda semua, fuhh, lebih kurang dah berapa bulan x update blog gara-gara focus pada Latihan Industri selama 2 bulan setengah, Final Year project part 1 dan part 2. Alhamdulillah dapat LI dekat Celcom Axiata Berhad cawangan Kota Bharu byk dpt knowledge baru especially dalam bidang Antenna, Switching, Network Architecture dan byk lagi. Lepas abes LI dekat sane, baru la tahu cmne proses yg berlaku time kita anta msg n terima msg dr orang lain. Sebelum ni zero je, tak tahu ape2..hahaha. Ok lah, dalam entry kali ni bukan nk cerita pasal LI sbnrnya, yg ni lain kali jelah. Sbnrnya entri kali ni nk bgtau pengalaman berkunjung ke Negara orang, or dlm BI nya melancong ke oversea walaupun dekat je. Dulu mase kecik2 , mak dh pernah bwk saya pergi ke Thailand, Cuma x brape ingat kt mane tempatnya, yang masih ingatnya ialah Bandar Narathiwat, Pattani (pernah solat di masjid kt situ), Air Terjun kt Narathiwat, pastu Tak Bai, memang best sgt2 melawat kt Thailand ni. Tp yang sedihnya , ahli keluarga yg lain x dpt ikut termasuk la ayah saya, sbb masing2 ada kerja, pergi pun dengan sedara angkat belah mak saya. Ok , nk crita pasal Thailand ni, ada beberapa perkara yang best, pertamanya ialah, currency kt sane murah, so best la kalo la nk shopping, tp lagi best kalo dpt berkunjung ke Bangkok (ibu Negara Thailand), sbb byk beg, baju, souvenirs yg ada di jual kt situ, yg keduanya pulak, byk makanan2 pelik yang ada dijual kt sane yg mane kt Malaysia ni xde, orang Thai ni dia kreatif sket bab 2 makanan ni, dan kebanyakan mereka suka makan makanan pedas, cthnya Tom Yam Goong, Somtam, dan so on. Yg Ketiga plak, kt Thai ni ade penduduk yg beragama Islam, tp majority yg beragama Islam tggl di kwsn2 tertentu spt Pattani dan Narathiwat. Kalo melawat je kt 2 tmpat ni sure korang akan nampak byk Masjid yg didirikan. Saya pernah solat dekat satu masjid dekat Bandar Narathiwat, masjidnya adalah berdekatan dengan kuil untuk penganut Buddha. Masjidnya agak cantik dan unik, kat luar nampak biasa, tp apabila masuk kt dalam macam-macam ukiran kesenian yang diukir di bahagian dinding masjid tersebut.

Ok, dari segi makanan pula, kat Thailand ni susah sikit nak cari restoran yang halal-halal, ianya bergantung kepada kawasan dan penduduk di satu-satu kawasan. Contohnya macam kat Pattani, kebanyakan penduduknya beragama Islam jadi banyak restoran-restoran atau kedai makan yang halal. Ada lagi satu tempat yang saya ingat sampai sekarang ini iaitu kawasan air terjun dekat Pattani, tetapi saya lupa nama air terjun itu,,tempatnya sangat cantik, nak pergi ke kawasan air terjun itu pun, akan menaiki bukit dan pemandangan di kawasan itu teramat lah cantik. Untuk pengetahuan anda semua, air terjun di kawasan itu mempunyai banyak peringkat, di kawasan bawah kebanyakannya banyak ikan2 yang akan berenang2 di kawasan tersebut. Pelancong di larang untuk menangkap ikan di kawasan tersebut, hanya dibenarkan untuk memberi makanan sahaja. Untuk menuju ke bahagian atas, pelancong-pelancong perlu menaiki tangga yang sudah disediakan oleh pengurusan di kawasan tersebut. Biasanya jarang orang pergi kebahagian atas, kerana kawasan tersebut teramatlah sejuk, dan agak bahaya sedikit kerana tidak ramai orang-orang awam berada di bahagian tersebut. Saya juga diberitahu oleh saudara angkat saya yang tinggal di Pattani, menceritakan bahawa di bahagian atas kawasan air terjun itu pernah berlaku kes pembunuhan. Huhu memang seram dan meremang bulu tengkuk selepas mendengar cerita tersebut. Apa-apa pun saya sangat enjoy dan seronok sangat melancong ke Thailand, kerana bagi saya ianya merupakan sebuah Negara yang sangat unik, misteri dan mempunyai panorama yang sangat menarik. Ok lah setakat ini sahaja yang mampu saya coretkan,,harap sangat selepas ini dapat pula melancong ke Negara-negara lain apabila dah ada wang banyak nanti,,hehe =)

 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template