Pages

Wednesday, June 29, 2011

Renungan Part 3: Israk Mikraj



~In the name of Allah-The Most Gracious and The Most Merciful~


Salam to all readers~Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberikan lagi satu nafas untuk kita terus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini....entri saya pada kali ini adalah untuk berkongsi tentang peristiwa penting yang telah berlaku di dalam bulan Rejab....iaitu peristiwa Israk Mikraj. Sempena israk mikraj ini juga kita disunatkan untuk berpuasa pada hari ini. Jadi di bawah ini juga saya ingin kongsikan apa yang berlaku pada malam Israk Mikraj itu dan beberapa amalan lain yang baik dilakukan di dalam bulan Rejab. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada pengisian ini.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan di dalam bulan Rejab

1) Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2) Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3) Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

4) Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepadaNya

5) Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah SAW dan sirah Islam lain


Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di'mikraj'kan (di bawa naik ke atas) ke Sidatul Muntaha untuk menghadap Allah SWT, dimana solat 5 waktu telah difardhukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Sunday, June 26, 2011

Renungan Part 2: Wanita Solehah Hiasan Dunia




~In the name of Allah-The Most Gracious and Most Merciful~


Salam to all readers~..indahnya dunia ini jikalau ianya dipenuhi dengan wanita-wanita solehah, wanita yang tinggi akhlak dan berbudi pekerti mulia...di bawah ini ada satu perkongsian yang ingin saya kongsikan tentang apa yang di jawab oleh seorang ahli matematik Islam iaitu Al-Khawarizmi tentang wanita terbaik.


Jawapan yang di jawab oleh Al-khawarizmi:

Jika dia solehah & beragama =1
Jika dia cantik,tambah 0 kpd 1 =10
Jika dia kaya,tambah lagi 0 =100
Jika dia dr keluarga baik2, tambah lagi 0 =1000

Tetapi jika yg "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pd wanita tsebut kecuali "0".

Alhamdulillah, satu jawapan yang sangat ringkas tetapi penuh dengan pengertian dan simbolik, harap boleh dijadikan panduan kepada kita duhai wanita..saya sendiri sekarang ini pun sedang berusaha untuk berhijrah untuk menjadi wanita solehah dan yang terbaik di sisi Allah...insyaALLAH..Allahumma amin.

Saturday, June 25, 2011

Renungan Part 1: Japan Disasters

~In the name of Allah-The Most Gracious and Most Merciful~


Salam to all readers~, Alhamdulillah petang sabtu yang sangat mendamaikan dan masih lagi diberikan satu nafas oleh Allah untuk hidup di bumiNya..hari ini saya ingin share dengan anda semua tentang gempa bumi yang melanda di negara Jepun baru-baru ini...di sini juga saya ingin sertakan sedikit gambar-gambar sewaktu dan selepas gempa bumi yang berlaku di Jepun...semoga ianya dapat memberikan sedikit renungan buat kita tentang peringatan yang diberikan oleh Allah kepada kita..semoga kita dapat sama-sama berfikir...renung-renungkanlah.



"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu."
(Surah As-Syura: ayat 30)













Relax corner...=))

~In the name of Allah-The most Gracious and Most Merciful~

Salam to all readers~=)),,, hari jumaat yang best..sebabnya esok cuti,,yehaa,,...ok lah malam ni agak seronok sedikit menaip, sekadar untuk refresh balik where i come from ( i mean in education background)....yeahh let's enjoy reading =)...tiba-tiba saja teringat zaman muda-muda,,hahaa =)





1) 1994-1995>>>> Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) , Kg.Geting Tumpat, Kelantan
Notes: Hanya seminggu sahaja bertadika..hikhik...beritahu dekat ayah, saya tidak mahu pergi
tadika, and then ayah saya suruh sahaja duduk dekat rumah and belajar sendiri
hahaha..(nasib bek ayah saya seorang pendidik..so secara tidak langsung saya boleh belajar dengan dia even dekat rumah..=)





2) 1995-2000>>>> Sek.Keb.Geting (1), Tumpat, Kelantan
Notes: (1 Hijau, 2 kuning, 3 kuning, 4 kuning, 5 kuning, 6 kuning)
Pernah join bola tampar, tapi bola x pernah lepas dari net..hahaha








3) 2001-2005>>>>Sek. Men.Keb. Agama Tangok, Bachok, Kelantan
Notes: ( 1 Al-Bazzi, 2 Warsh, 3 Qalun, 4 Ibnu Rushd, 5 Al-Razzi)
Banyak belajar hidup berdikari..hostel life katakan =) (first time berjauhan dari
parents..








4) 2005-2006>>>> Mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) batu jong, Kuala Krai, kelantan
Notes: hanya 3 bulan sahaja, banyak belajar tentang erti persahabatan and pergaulan bersama-sama kawan2 non-muslim...really miss my bestfriend here...='(









5) 2006-2007>>>> Kolej MARA Kulim, Kedah (kelas F)
Notes: ( Matriculation life memang sangat best, merupakan salah satu fasa budak2 pre-u)...seronok sebab kolej matrikulasi yang sangat islamik, ada dua program ceramah...setiap rabu petang..ceramah given by Ustaz Mudawali (sangat best...=))...dan program ceramah khas untuk budak perempuan sahaja every friday morning...ustazah zakiah yang sempoi,,hehe
>>>Juga time ini...Alhamdulillah..saya disenarai top list (25 best top list student from pure science, under skim pelajar cemerlang) untuk interview bagi program berkembar Kursus Perubatan di Universitas Padjadjaran, Bandung Indonesia dan UKM...tapi tidak ada rezki kerana saya tidak lepas untuk result subjek Bahasa Inggeris (SPM) saya yang tidak cukup syarat..its okay! nevermind,,ada rezki yang lebih dari itu yang Allah sudah tetapkan..hehe

P/s: gambar di atas hanyalah hiasan,,tidak ada kena mengena dengan saya pun..hehe









6) 2007-2011>>>> Universiti Teknologi Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Telekomunikasi)
Notes : Fasa kematangan sudah bermula, cara pembelajaran lebih sistematik dan lebih kemas ...byk join program dan aktiviti kemasyarakan yang mendekatkan pelajar dengan orang ramai.
>>>>>pernah memenangi projek terbaik (2nd runner up prize winner) untuk final year project (fyp) bagi pelajar tahun akhir...
>>>>> Jurnal paper yang di retrieve daripada hasil research of my final year project insyaAllah akan dibentangkan oleh supervisor di Photonics Conference, Malahide Dublin, Ireland untuk Poster Exhibition pada bulan september tahun ini...alhamdulillah...banyak lagi pencapaian lain yang diperolehi di Universiti (tp yang itu saya tulis dekat resume sahaja,,ahha.. =)
>>>> Juga tahun 2011 ini juga, saya mendapat tawaran untuk sambung belajar bagi Program Fast Track untuk sambung phD in Engineering Education oleh SPS at UTM Skudai...masih sedang memikirkan tawaran itu..solat istikharah is the best way.









7)2011-....>>>>> Sedang mencari kerja yang sesuai dengan kursus yang di ambil...doakanlah ye =)))...sekarang saya mahu jadi orang professional...yeah.

Thursday, June 23, 2011

Release tense...=)))

Salam to all readers..=)), kat bawah ni ada dua funny sms i think yang boleh mereleasekan jiwa raga saya yang tengah berkecamuk,,hehehe..lets enjoy =)


1) Why Do Students Sleep For Long Hours..??

Fantastic Answer Said By Students..

.

.
Our Dreams R Always BIG'!




2) The Shortest Relation In Life Is Between Students & Books
.
.
.
They Get Committed Couple Of Dáys Before Exams & After Exams Break Up. ;)



p/s: tak ada nak tulis apa pun hari ini, just joke...ok see u again.

Saturday, June 18, 2011

Perubatan cara Islam


Assalamualaikum w.b.t


Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua, semoga sentiasa berada di dalam keberkatan Ilahi hendakNya. Entri pada kali ini agak menarik sedikit untuk dikongsikan kepada anda semua, ketika saya sedang melayari internet dan mencari info-info yang menarik berkaitan dengan ilmu perubatan,,saya terjumpa satu artikel yang menarik tentang perincian cara pengubatan mengikut amalan Rasulullah SAW.. harap mendapat manfaat daripada info berguna ini InsyaAllah.



Perincian cara pengubatan mengikut amalan Rasulullah SAW


Ar-Rasul telah meninggalkan kepada kita kaedah-kaedah penting berhubung dengan cara pengubatan.
1. Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah berdoa dan bersabar.


Ini disebabkan, Penyembuh yang sebenamya ialah Allah. Adalah sesuatu yang tidak masuk diakal sekiranya mereka yang sakit enggan untuk berdamping dengan Dia Yang Maha Penyembuh dan mereka bersikap menjauhkan diri daripadaNya.

i) Firman Allah:

"Ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingatimu."
(Al-Baqarah: 152)
Ingatilah Allah, moga-moga Allah akan mengingati mereka yang sakit dengan pertolonganNya.
Ibn Hisyam meriwayatkan bagaimana Ar-Rasul bersembahyang duduk ketika sakit sebelum wafat. Menunjukkan perdampingan dengan Allah perlu berterusan walaupun ketika sakit.
ii) Bersabda Ar-Rasul:
"Kamu hendaklah mengambil dua jenis ubat:- madu dan Qur'an."
(Baihaqi dan Ibn Majah)
Membacakan Al-Qur'an merupakan ubat penting di dalam kehidupan manusia, di samping ubat-ubat lain. Pembacaan Al Qur'an akan merapatkan lagi hubungan seseorang dengan Allah.
iii)Pesakit-pesakit juga tidak boleh lupa daripada berdoa kepada Allah.
Perhatikanlah hadis ini:-
"Letakkanlah tangan kamu di bahagian yang kamu terasa sakit. Kemudian bacalah tiga kali dan kemudian bacalah sebanyak tujuh kali!"

Berkata Osman, "Aku pun melakukannya dan Allah menghilangkan kesakitan ku itu!"

(Muslim)
Si doktor juga perlu berdoa untuk si pesakit.
Lihatlah bagaimana Ar-Rasul berdoa untuk Saad ibn Waqqas:
"(3x)
"Ya Allah, sembuhkanlah Saad." (3x)
(Muslim)
iv) Di samping itu pesakit-pesakit dan para-para doktor mesti memahami bahawa
kesabaran adalah penting di samping berusaha, kerana penyakit yang menimpa akan
mengkifaratkan dosa-dosa.

Bersabda Ar-Rasul:

"Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa duri (yang mengenai), melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya."
(Bukhari dan Muslim)

2. Kerehatan

Pesakit-pesakit mestilah disuruh berehat untuk mengembalikan kekuatan kepada mereka. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sekiranya seseorang sedang sakit ataupun bermusafir akan dicatatkan (pahala) baginya seperti mana yang dilakukannya semasa bermukim dan sihat."
(Bukhari)
Seseorang yang sakit yang terpaksa meninggalkan amalan amalan sunat yang telah dilakukannya semasa ia sihat akan mendapat pahala yang sama seolah~lah ia telah beramal dengan ibadahibadah itu semasa ia sakit. Ini disebabkan pesakit-pesakit amnya keletihan dan kurang kekuatan diri lantas mereka perlu banyak berihat. Ini merupakan kelonggaran yang Allah berikan kepada mereka yang sakit.

3. Jampi dan bertangkal.

Berhubung dengan ini, mengikut satu hadis:

Sahabat-sahabat telah bertanya Ar-Rasul tentang jampi. Bersabda Ar-Rasul: "Bacakan jampi kamu kepada saya. Tidak ada salahnya dengan jampi, selagi mana tidak ada kesyirikan di dalamnya."
(Muslim)
Dengan ini menunjukkan kepada kita tentang keharusan menggunakan jampi dalam usaha-usaha pengubatan, asalkan isinya tidak bercanggah dengan aqidah Islam (iaitu jampi dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an dan doa-doa serta wirid-wirid dari Rasulullah s.a.w.) Adapun jika isi-isi jampi itu bercanggah dengan aqidah dan syari'at, maka diharamkan.

Adapun tentang penggunaan tangkal, Ar-Rasul ada bersabda:

"Sesiapa yang menggantungkan tangkal, maka Allah tidak akan menyelamatkannya....''
(Ahmad dan Hakim)

Mengikut satu hadis yang lain, Nabi telah bersabda:

"Jika salah seorang daripada kamu mengalami ketakutan diwaktu tidur, hendaklah ia mengucapkan doa (yang ertinya): "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahan siksaanNya dan dari kejahatan hamba-hambaNya dan dari bisikan-bisikan syaitan, dan agar syaitan tidak menghampiri.' Dengan itu syaitan tidak akan dapat menimpakan bencana ke atasnya." Sahabat AWullah ibn Umar telah mengajar doa ini kepada anak-anaknya yang boleh bercakap dan untuk anak-anaknya yang masih kecil, yang masih belum boleh bercakap, ia menulis doa ini untuk dijadikan tangkal untuk mereka itu.

(Abu Daud, An Nasai, Hakim dan Tarmuzi. Kata Tarmuzi - Hassan Gharib. Kata Hakim -- Sahih)

Di antara ulama-ulama yang mengharuskan penggunaan tangkal (dengan menggunakan ayat Qur'an, wirid-wirid dan doa-doa ma'thur) ialah Aisyah, Malik, Syafie, asalkan ia tidak mengiktiqadkan bahawa tangkal itu mampu menghindarkannya dari sebarang malapetaka.
Di antara ulama-ulama yang tidak mengizinkannya ialah Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn Mas'ud, Huzaifah, dan Imam Hanafi.
Untuk lebih berhati-hati, lebih baiklah kita tidak menggunakan tangkal di dalam pengubatan, sebab Ar-Rasul tidak pernah menggunakannya ketika berubat. Wallahu a'alam.

4. Menggembirakan Pesakit.

Pesakit perlu diberikan semangat dan kekuatan psikologi. Ini akan menghilangkan perasaan putus asa. Jangan sekali-sekali dikatakan kepadanya: "Awak sudah tidak ada harapan lagi!"

Telah bersabda Ar-Rasul:

"Tatkala kamu menziarahi seseorang pesakit hilangkanlah kerisauannya tentang ajalnya. Walaupun ini tidak dapat menolak sesuatu, tetapi ia dapat menenangkan jiwa.
(Ibn Majah dan Tarmuzi)
Di samping itu mintalah sipesakit mendoakan kita, kerana doanya di-makbulkan Allah.

Telah bersabda Ar-Rasul:

"Apabila kamu menziarahi seseorang pesakit, suruhlah dia berdoa untuk kamu, kerana sesungguhnya doanya seperti doa malaikat."
(Ibn Majah)
Namun di institusi-institusi perubatan sekarang, sering kita melihat para doktor, jururawat-jururawat dan lain-lainnya mengherdik dan menengking pesakit-pesakit, Ini cukup menyedihkan bukan menggembirakan mereka.

5. Pengubatan Kejiwaan (Psychotherapy)

Cara ini, insyaAllah, amat baik jika digunakan untuk mengubati setengah pesakit-pesakitjiwa. Seorang doktor perlu berbincang dengan penuh kelembutan dan kebijaksanan dengan seseorang pesakit untuk mencuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya. Perhatikanlah bagaimana bijaksananya Ar-Rasul menyelesaikan masalah seorang anak muda yang berpenyakit jiwa di zaman dahulu:
Telah datang seorang anak muda kepada Ar-Rasul dan ia berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah kamu mengizinkan saya untuk berzina?" Maka orang ramai pun menjadi riuh rendah. Lantas berkata: "Marilah kesini!" Maka pemuda itu pun menghampiri dan duduk di hadapan Ar- Rasul.

Bersabda Ar-Rasul:

"Apakah kamu suka ini berlaku kepada ibu kamu?"

Jawab anak muda itu:

"Tidak moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untuk mu!

Bersabda Ar-Rasul :

"Begitulah juga manusia, mereka tidak menyukai ini berlaku kepada ibu-ibu mereka. Apakah
kamu suka ini berlaku kepada anak perempuan kamu?"

Jawabnya :

"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"

Bersabda Ar-Rasul :

"Begitulah juga manusia, mereka tidak menyukai ini berlaku kepada ibu-ibu

Jawabnya :

"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"

Bersabda Ar-Rasul :

"Begitulah juga dengan orang lain, mereka tidak suka ini berlaku kepada
anak-anak perempuan mereka. Adakah kamu suka ini berlaku kepada
saudara
perempuan kamu?"

Jawabnya :

'"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"

Bersabda Ar-Rasul :

"Begitulah juga dengan orang lain, mereka tidak suka ini berlaku ke atas
saudara-saudaraperempuan mereka!"
Kemudian Ar-Rasul bertanya tentang emak saudaranya dan jawapannya juga tidak!
Lantas Ar-Rasul pun meletakkan tangan kanan Baginda di atas dada anak muda itu seraya berdoa:- '"Ya Allah, bersihkanlan hatinya. Ampunilah dosanya dan peliharalah kemaluannya."
Maka bangunlah anak muda itu dan tidak ada perkara yang paling di bencinya ketika itu melainkan zina
(Ahmad)
Alangkah sempurnanya pengubatan kejiwaan yang dilakukan oleh Ar-Rasul. Sesungguhnya tidaklah jiwa yang bersih sahaja yang dapat membersihkan jiwa-jiwa yang kotor? Lihatlah pula 'psychotherapy' di zaman moden ini, yang dilaksanakan oleh mereka yang hati-hati mereka bernajis. Hasilnya ialah yang berpenyakit akan bertambah penyakitnya! Perlu diingat bahawa psychotherapy ini mestilah diasaskan kepada landasan syari'at dan bukan di atas landasan kufur seperti konsep tiap-tiap perbuatan berpunca daripada kehendak-kehendak seks yang diutarakan oleh Sigmend Freud dan lain-lainnya.

6. Pengasingan Atau Isolation/Quarantine.

Islam telah mengutarakan konsep pengasingan (iaitu mereka Yang sakit tidak boleh bergaul dengan mereka yang sihat terutamanya di dalam pengubatan penyakit-penyakit berjangkit).

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sekiranya kamu terdengar taun menyerang di suatu tempat, jangan kamu memasuki tempat itu. Dan sekiranya kamu berada di suatu tempat dan taun menyerang, jangan kamu keluar daripadanya."
(Bukhari dan Muslim)

7. Menganalisa Untuk Memastikan Punca Penyakit.

Pada dasamya Islam (dibidang perubatan) menerima hakikat bahawa tanda-tanda zahir penyakit (symptoms) yang sama bukan bermakna punca dan sebab penyakit juga adalah sama.

Perhatikanlah apa yang Ar-Rasul sabdakan tentang darah istihadhah:

"Ia adalah berpunca dari saluran darah dan bukanlah ia darah haidh..."
(Bukhari dan Muslim)
Daripada ini jelas menunjukkan, walaupun seseorang wanita boleh mengalami keadaan keluamya darah daripada farajnya, akan tetapi sebabnya mungkin berbeza. Satu disebabkan oleh penyakit disaluran darah yang di panggil sebagai istihadhah dan sebab yang lain ialah haidh. (Diseases with the same symptoms but different causes).
Islam menekankan aspek memastikan punca penyakit untuk tiap-tiap penyakit terlebih dahulu sebelum diberikan ubat. Ini disebabkan, sekiranya ubat yang salah di berikan kepada pesakit, akibatnya lebih membahayakan daripada mendatangkan kemanfaatan. Oleh itu ubat yang diberikan mestilah mampu, dengan izin Allah, mengubati punca sesuatu penyakit (cause), bukan hanya mampu mengurangkan tanda-tanda zahir penyakit itu (symptomatic treatment).

Perhatikanlah sabda Ar-Rasul tentang penyakit yang dibawa oleh lalat:

"Jika terjatuh lalat di dalam bekas (air atau minuman) seorang di antara kamu, maka hendaklah dibenamkannya kemudian dikeluarkannya, kerana sesungguhnya salah satu daripada dua sayapnya mempunyai penawar dan sayapnya yang lain mempunyai penyakit."
(Bukhari)
Di dalam hadis ini, Ar-Rasul memberi isyarat tentang kepentingan menghapuskan punca penyakit dengan ubat yang tertentu. Ar-Rasul tidak menyuruh sahabat-sahabat Baginda membiarkan saja racun dari lalat itu dimakan dan kemudian apabila kelihatan tanda-tanda racun itu dibadan (symptoms), maka terus diubati sahaja tanda-tanda zahir itu. Akan tetapi Ar-Rasul menyuruh kita memusnahkan punca penyakit ini dari awal-awal lagi, dengan menyuruh sahabat- sabahat membenamkan lalat itu didalam bekas makanan ataupun minuman. Ini merupakan suatu peringatan tentang kepentingan memusnahkan punca penyakit di dalam usaha-usaha pengubatan.
Mengikut hadis yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi telah mengubati penyakit sihir yang menimpa Baginda dengan mengeluarkan bahan-bahan sihir daripada sebuah perigi dan kemudian membuangnya. Ini juga merupakan petanda bahawa pengubatan sesuatu penyakit mestilah bermula dengan memastikan puncanya terlebih dahulu dan kemudian menghilangkan atau memusnahkan punca atau penyebab sesuatu penyakit itu.
Lihatlah pula perkataan Imam Ibn Qaiyim tentang cara pengubatan penyakit pening:- "Dan cara pengubatannya berbagai-bagai kerana pelbagaian jenis dan sebab-sebabnya. Ada bentuk pening yang memerlukan pembuangan sesuatu benda dari badan. Ada yang memerlukan makanan-makanan (tertentu)..."
Perkataan Ibn Qaiyim menunjukkan kepada kita tentang kepentingan memastikan punca sesuatu 'symptom' (tanda penyakit) sebelum memulakan rawatan. Kesamaan'symptoms' penyakit-penyakit bukan bermakna kesamaan punca!. Lantas tidak salah bagi umat Islam mengujudkan makmal-makmal tertentu untuk memeriksa umpamanya, air kencing, air ludah dan sebagainya untuk memastikan punca sesuatu penyakit, sekiranya ini diperlukan. Begitulah juga diharuskan penggunaan X-ray, alat-alat ultrasounds dan lain-lainnya untuk menentukan sebab sesuatu penyakit ketika ini diperlukan.

8. Berpantang Ketika Sakit.

Islam menyuruh mereka yang sedang mengidap sesuatu penyakit, berpantang daripada apa-apa saja, yang akan menyemarakkan dan menambahkan lagi serangan sesuatu penyakit itu.
Mengikut satu riwayat:- "Rasulullah telah memasuki rumah Ummu Munzir bersama Saidina Ali. Saidina Ali ketika itu sedang hampir sembuh daripada penyakitnya. Rasulullah pun bangun mencapai buah-buah tamar yang tergantung di dalam rumah itu untuk dimakannya dan Saidina Ali pun turut bangun untuk mengambil buah tamar seperti yang dilakukan oleh Ar-Rasul. Lantas Ar-Rasul pun bersabda kepada Saidina Ali: "Sesungguhnya kamu hampir-hampir sembuh daripada penyakit!" Saidina Ali pun tidak jadi memakan buah-buah tamar itu. Ummu Munzir pun memasak bubur gandum dan menjamu mereka dengannya. Bersabda ArRasul kepada Ali: "Makanlah ini. Ia lebih bermanfaat untuk kamu."
(Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmuzi)
Di dalam hadis yang lain, Suhaib telah berkata aku pun datang kepada Rasulullah, dan di hadapan Baginda ketika itu terhidang roti dan buah tamar, Bersabda Ar-Rasul: "Marilah dan makan." Maka aku pun mengambil buah tamar dan terus memakannya." Bertanya Ar-Rasul: "Adakah kamu memakan buah tamar sedangkan mata kamu sedang sakit?"
(Tarmuzi dan Al Hakim)
Walau bagaimanpun, jika sipesakit berselera mtuk memakan makanan yang sepatutnya dipantangi, maka berikanlah sedikit makanan itu kepadanya. Jangan dihalangi sama sekali daripada menjamahnya, keran andaikata dihalangi ini akan mendatangkan lebih banyak kemudharatan daripada kemudharatan apabila ia memakan sedikit sahaja daripada makanan itu.
Satu ketika Saidina Ali telah datang kepada Nabi dan ketika itu ia (Saidina Ali) sedang sakit mata. Di hadapan Ar-Rasul ketika itu terhidang buah-buah tamar yang sedang dimakannya. Bersabda Ar- Rasul "Ya Ali, adakah kamu teringin kepada buah tamar ini?" (Abu Nuai'm dan Ibn Majah - Hadis Hasan) Maka Ar-Rasul memberikan sebiji-sebiji buah-buah tamar kepadanya hingga genap tujuh biji. Selepas itu Baginda bersabda: "Cukuplah setakat ini"
(Abu Nuai'm dan Ibn Majah -- Hadis Hann)
Adapun tentang makanan-makanan lain yang tidak harus dipantangi oleh sipesakit, berikanlah apa saja yang disukainya.
Satu ketika Ar-Rasul telah memiarahi seorang sahabat yang sedang sakit dan bertanya kepadanya: "Apakah makanan yang kamu terasa suka untuk memakannya?"

Jawabnya: "Aku teringin hendak memakan roti gandum."

Bersabda Ar-Rasul:

Kemudian bersabda Ar-Rasul:

"Sesiapa yang mempunyai roti gandum, maka hantarlah ia kepada saudaranya."
"Sekiranya seseorang pesakit di antara kamu berkehendakkan sesuatu berikanlah makanan itu kepadanya."
(Ibn Majah)
Kesimpulannya:- Sekiranya sipesakit perlu dipantangi daripada sesuata makanan, janganlah diberikan makanan itu kepadanya. Tetapi kalau ia berkeinginan juga untuk menjamahnya berikanlah sedikit makanan itu kepadanya. Adapun makanan-makanan lain berikanlah mengikut kesukaannya.

9. Memakan Ubat.

Satu bentuk rawatan yang telah ditunjukkan oleh Ar-Rasul ialah memberi ubat-ubat untuk dimakan oleh pesakit-pesakit (oral medication).

Menurut satu hadis:

Seorang sahabat telah datang memberitahu Ar-Rasul bahawa saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi pun menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan. Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan malah semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai Ar-Rasul sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali perjumpaan itu, Ar-Rasul menyuruh agar diteruskan memberi madu. Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: "Allah bercakap benar dan perut saudaramu yang ber- dusta." Lantas diberikan madu untuk kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu.
(Bukhari dan Muslim)

10. Memasukkan Ubat Ke Dalam Rongga-Rongga Badan.

Harus juga memasukkan ubat ke dalam rongga-rongga badan sekiranya ia diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit.
Sesungguhnya Nabi telah menyuruh mengubati sejenis penyakit bernanah di antara hidung dan halltum dengan memasuk- kan ubat ke dalam rongga hidung sipesakit itu.
(Abu Daud)

Di dalam hadis yang lain:

Seorang wanita telah diserangi penyakit di bahagian matanya, lantas berkatalah Abdullah ibn Mas'ud: "Sekiranya kamu melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Ar-Rasul ini lebih baik untuk kamu dan lebih layak untuk sembuh iaitu kamu memasukkan air ke dalam mata kamu dan berkata: Jauhilah penyakit. Wahai Tuhan bagi manusia, sembuhilah penyakit kerana Kamulah Yang Maha Penyembuh dan tidak ada ubat melainkan ubat kamu, penawar yang tidak akan meninggalkan penyakit."
(Ahmad, Ibn Majah dan Hakim)
Lantas harus memasukkan ubat-ubat ke dalam rongga-rongga badan seperti hidung, mata, telinga dan lain-lainnya sekiranya ini diperlukan untuk merawati sesuatu penyakit.

11. Menyapu Ubat Di Atas Kulit (Topical Application)

Ar-Rasul pernah berubat dengan cara menyapu ubat di atas kulit yang dihinggapi oleh penyakit.

Menurut satu hadis:

'Tidak mengenai Rasulullah sesuatu luka ataupun duri melainkan disapukan inai diatasnya."
(Tarmuzi)

12. Pembedahan (Operation)

Digalakkan untuk mengkaji dan menganalisa dengan lebih mendalam perkara-perkara yang berhubung dengan bidang perubatan ini, samada untuk mewujudkan ubat-ubat yang lebuh mujarrab ataupun untuk mengenal pasti teknik-teknik rawatan dan pengesanan penyakit (diagnosis) yang lebih baik ataupun yang lain-lainnya, insyaAllah.

Ini be

Pada ketika-ketika diperlukan, Islam mengizinkan pembedahan dilakukan keatas sipesakit.

Menurut satu hadis:

"Nabi telah menghantar seorang tabib kepada Ubai ibn Kaab yang sedang sakit. Tabib itu telah memotong saluran darahnya dan kemudian menyelar (cauterize).
(Muslim)

Menurut satu hadis yang lain:

Abdullah ibn Abbas telah berkata: "Nabi telah berbekam dan telah memberi upah kepada sipembekam darah.
(Bukhari dan Muslim)
Berbekam bererti memotong satu bahagian badan untuk meng- eluarkan darah daripadanya. Kesemuanya ini menunjukkan harus memotong badan sipesakit untuk mengeluarkan darah dan melakukan pembedahan pembedahan lain dalam usaha untuk mengubati pesakit.

Peringatan:-

i) Umat Islam digalakkan untuk mengkaji dan menganalisa dengan lebih mendalam perkara-perkara yang berhubung dengan bidang perubatan ini, samada untuk mewujudkan ubat-ubat yang lebuh mujarrab ataupun untuk mengenal pasti teknik-teknik rawatan dan pengesanan penyakit (diagnosis) yang lebih baik ataupun yang lain-lainnya, insyaAllah.

Ini berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Kalimah yang bijaksana ialah barang yang kehilangan dari seorang yang bijaksana. Di mana saja ia mendapatinya, dialah yang lebih berhak memilikinya."
(Ibn Majah dan Tarmuzi)
Berhubung dengan ini Hasan Al-Banna telah berkata: "Islam membebaskan akal mendorong supaya menilik dan mengamati ke- jadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan berman- faat. Hikmah adalah suatu barang yang hilang daripada seorang mukmin di mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak memilikinya." 58
Sesungguhnya usaha-usaha yang seperti ini adalah merupakan suatu ibadah.

ii) Kadang-kadang di dalam proses pengubatan, para doktor ter- paksa membuat keputusan-keputusan Yang besar. Umpamanya ia terpaksa memilih satu di antara dua cara untuk mengubati seseorang pesakit sedangkan kedua-dua cara pengubatan itu mempunyai kemudharatan-kemudharatan yang tersendiri. Sebagai contoh, per- soalan samada perlukah suatu pembedahan yang berisiko tinggi dilakukan ataupun dibiarkan sahaja sipesakit dengan keadaannya, yang mana ini juga mempunyai risiko yang tinggi.

Kaedah yang mesti dipegang ialah:-

"Harus mengambil yang ringan di antara dua kemudharatan."
Sekiranya seseorang doktor tidak ada pilihan melainkan ter- paksa memilih satu di antara dua bentuk pengubatan yang sama sama memudharatkan, hendaklah dipilih cara pengubatan yang kurang memudharatkan dibandingkan dengan cara yang lainnya. Sebagai contoh, Ar Rasul pernah menyuruh dua sahabat Baginda memakai sutera untuk mengubati penyakit gatal mereka. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Walaupun jelas mengikut kacamata syari'at, memakai sutera bagi lelaki adalah memudharatkan kerana ianya haram, tetapi ianya merupakan kemudharatan yang lebih ringan jika dibandingkan dengan kemudharatan yang akan menimpa jika dibiarkan penyakit gatal-gatal ini berterusan! Lantas Ar-Rasul telah memilih kemudharatan yang lebih ringan dengan mengizinkan kedua-dua orang sahabat Baginda itu memakai sutera untuk seketika.

Monday, June 6, 2011

Kehidupan harus diteruskan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, tidak mahu menulis panjang pasal kisah hari ini, cuma apa yang saya nak bagitahu, hari ni merupakan hari yang paling memenatkan bagi saya, bermula dari jam 8 pagi bertolak dari Hotel Ev World, menumpang dengan keluarga kawan saya dari UTM skudai, untuk sama-sama mengikuti program Huawei Telecommunication Engineering Job Camp yang di taja oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia dan training pula diajar oleh syarikat konsultan pakar dari Bayan Lepas Pulau pinang iaitu Dreamcatcher Sdn Bhd. Program ini akan bermula dari 6 Jun sehingga 8 Julai (25 hari). Selepas itu, pada pukul 8 pagi, kami bertolak dari Hotel dengan menaiki kereta ayah kawan saya untuk menghantar kami ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik untuk pendaftaran, memang sungguh memenatkan, lebih-lebih lagi pukul 2 petang kami harus membayar yuran penginapan di Menara Budisiswa UiTM Shah Alam, dan kemudiannya terus ke Pejabat pengurusan Kolej Mawar untuk mendapatkan kunci bilik. Ternyata sejujurnya saya tak nafikan pihak pengurusan kolej Perdana di UTM skudai tempat saya belajar dahulu adalah lebih baik dari sini, tapi apa-apa pun saya sangat bersyukur pada Allah, sekurang-kurangnya masih ada lagi tempat berteduh dan tempat tinggal untuk saya, jika tidak saya perlu mencari rumah sewa di sekitar UiTM shah alam, yang mana sekarang ini saya masih tidak tahu selok belok tempat di sini dan yang paling penting bayaran sewanya juga agak mahal.

Selepas tamat kelas hari ini yang hanya melibatkan satu modul sahaja iaitu Technical Presentation yang diajar oleh Mah Ting Keong saya terus pulang ke bilik sambil mengemas barang apa yang patut. Sebenarnya saya tidak menulis panjang pasal program, kerana ianya membuatkan kepala saya lagi penat, tapi apa yang nak diceritakan dekat sini perasaan hati saya betul-betul sebak, sebab pada hari permulaan dan untuk presentation saya tidak dapat buat yang terbaik, penat mengejar, berjalan dengan lajunya kerana sudah terlewat kelas selama setengah jam, membuatkan adrenalin saya naik, perasaan berdebar dan saya tidak dapat present point saya dengan baik, sehinggakan instructor itu memberikan komen saya hanya meng"copy" dan 'paste' sahaja apa yang ingin saya sampaikan, memang benar saya rasa gelabah lebih-lebih lagi kumpulan yang saya join sudah pun membaca lebih awal lagi artikel yang diberikan oleh instructor untuk dipresentkan dan mereka sudah pun tahu apa yang ingin dibuat, sedangkan saya terpinga-pinga dan ibaratkan seperti tidak tahu apa-apa yang ingin dibuat. Sehingga ada salah seorang dari ahli kumpulan tersebut memberitahu saya, "kau buatlah part yang mana yang kitorang masih belum buat lagi", tajuk yang ingin dipresentkan adalah berkaitan dengan Voice over Internet Protocol ( VoIP), dan buatkan satu presentation untuk menarik minat pengguna awam untuk membeli sistem ini. Saya hanya diberikan masa hanya 25 minit untuk baca, memahamkan dan prepare. Saya tahu performance pelajar dari UTM macam-mana, cara pembelajaran lagi details dan program hebat dilaksanakan, tapi saya masih lagi belum mengenal dan tahu performance pelajar dari UiTM. Memang tak dinafikan ketika berada di UTM memang saya merupakan pelajar yang sangat menitikberatkan apa yang ingin saya sampaikan ketika present, sebab kebiasaannya saya akan praktis terlebih dahulu selama beberapa kali dan saya sudah tahu apa yang ingin saya sampaikan, tapi hari ini ternyata saya hanya membaca sahaja apa yang tertulis dekat skrin komputer, memang kelakar kan, tak mengapalah hari pertama dengan pelbagai macam masalah yang datang, lebih-lebih lagi saya baru sahaja menyesuaikan diri dengan kawasan di sini.

Seterusnya pada jam 6.30 petang, selepas pulang membeli makanan untuk makan malam dan barang-barang keperluan dekat koperasi, saya bersiap-siap untuk pergi ke surau di kolej mawar, Alhamdulillah selepas solat maghrib berjemaah hati saya rasa tenang, kemudiannya saya terus solat hajat hampir selepas berdoa menitis air mata menahan sebak, saya tidak tahu mengapa hati saya rasa sedih, hati saya tidak tenteram pada keseluruhan hari ini,,saya menghantar mesej kepada adik saya yang sedang belajar di Kolej MARA Kulim, dia tahu ketika itu saya sedang 'lost' and 'down', kemudiannya ada satu mesej yang mengandungi kata-kata semangat untuk saya, mesej itu berbunyi seperti ini:

'A woman should be so lost in God, that a man will have to seek Him in order to find her', just want to share this, i think it's beautiful =)


Selepas membaca mesej itu, sedikit sebanyak memberikan sedikit kelegaan kepada saya, tapi dalam hati saya berkata sweet juga mesej ini dan tiba-tiba saya terfikir siapalah gerangan lelaki yang sedang mencari-Nya untuk menemui saya, ermm ntahla saya malas lagi memikirkan tentang hal sebegini, bagi saya Jodoh, ajal maut dan rezeki, Allah SWT sudah tentukan sejak di Luh Mahfuz lagi, jadi biarkan lah ianya datang dengan sendiri, yang penting saya ingin fokus dengan kehidupan saya terlebih dahulu. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, sedikit sebanyak memberikan saya kelegaan, kemudiaan untuk pengisian sewaktu menunggu solat isya', ada program Sharing is Caring yang dikendalikan oleh Sahabat Surau, memang sangat bagus program ini, teringat pula ketika saya sedang belajar di UTM, pelbagai program kerohanian dilakukan dan yang paling saya ingat ialah program usrah, memang sangat seronok dan yang paling penting input yang kita dapat boleh digunakan di dunia dan akhirat. Di surau juga saya berjumpa banyak teman-teman baru, walaupun mungkin sekejap sahaja saya boleh lihat mereka dekat sini, tapi ianya memberikan kesan yang sangat mendalam untuk saya, banyak benda dan perkara yang saya ingat kembali ketika berada di surau, apa pun hati saya merasa sungguh tenang selepas pulang dari surau..InsyaAllah jikalau rezeki saya yang Allah tetapkan dekat Huawei, ianya tidak akan kemana, dan saya hanya mampu meminta doa pada Allah moga Dia sentiasa memberikan saya yang terbaik di dalam apa yang ingin lakukan. Matlamat saya satu sahaja dekat dunia ini, hanya untuk mencari redha Ilahi dan melakukan yang terbaik untuk penghidupan yang lebih baik suatu hari nanti di Syurga Allah, amin...



P/s: Doakanlah semoga saya boleh buat yang terbaik untuk menjaga nama baik UTM, dan menjaga prestasi cara presentation saya. Saya tidak mahu bersaing dengan mana-mana pihak, tapi yang penting saya ingin buat yang terbaik..insyaAllah.
 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template