Pages

Wednesday, December 30, 2009

"Vitamin & Makanan untuk kesihatan kulit"




Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini,,(^ _^), entry saya pada kali ini adalah ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang apa jenis makanan dan juga vitamin yang sememangnya sangat berguna kepada kesihatan kulit kita.


Secara lumrahnya, semua orang inginkan kulit yang cantik, bersih, bersinar dan juga tidak berminyak. Ramai di kalangan kita yang beranggapan bahawa penjagaan kulit hanyalah penting untuk golongan wanita sahaja,,,tetapi bagi saya, lelaki juga turut sama perlu mengambil berat tentang penjagaan kulit ini.


Selain itu, penjagaan kulit adalah amat penting kerana ia dapat memberikan feedback yang positif seperti keyakinan diri semakin bertambah, perasaan rendah diri yang keterlaluan semakin berkurang, hidup penuh dengan dengan keceriaan dan seterusnya ia memberikan kesan yang positif juga terhadap diri, keluarga, rakan-rakan dan juga kerja anda, , Jom sama-sama kita amalkan penjagaan kulit yang sihat ..enjoy!





Makanan untuk Kulit

Beberapa jenis buah-buahan, sayur-sayuran serta rempah-rempah di bawah ini biasanya dijadikan pilihan untuk mempercantikkan kulit. Makanan-makanan di bawah ini penuh dengan kandungan vitamin A, C, E, zat besi, dan selenium, yang diperlukan oleh tubuh dan kulit.




Jeruk

1. Jeruk, kaya dengan vitamin E yang baik untuk mencerahkan kulit.




Avocado



2. Avocado, mengandungi vitamin E yang sesuai untuk kulit. Dapat digunakan secara langsung ataupun dibuat jus. Minyaknya digunakan sebagai bahan asas untuk membuat sabun, yang mana ianya di gunakan untuk tubuh dan wajah oleh bayi hinggalah orang dewasa.






Aprikot


3. Aprikot, sesuai untuk kulit kering dan kusam. Sebelum tidur manjakan diri dengan plain milk yang dicampur dengan buah aprikot.







Strawberi


4. Strawberi, untuk kulit kering dan sensitif. Buah ini mengandungi antioksidan yang bermanfaat bagi tubuh untuk menjaga kesihatan kulit.



Lobak Merah




5. Lobak Merah ataupun di kenali sebagai Carrot, selain baik untuk mata juga baik untuk kulit.

Kuaci
6. Biji bunga matahari atau yang lebih dikenali dengan kuaci, berguna untuk mengekalkan kekuatan tulang. Biji bunga matahari yang mengandungi thiamin dan niacin juga berguna untuk menjaga kesihatan otak dan kelembapan kulit.

Telur

7. Telur, kaya dengan protein untuk menjaga kesihatan kulit.





Bawang Besar (Onion)



Bawang Putih (Garlic)


8. Onion dan garlic. Penggunan Bawang putih sangat digalakkan, terutama untuk para wanita, kerana ianya mengandungi chromium dan vitamin C yang dapat mengurangkan risiko penyakit kanser sekaligus memelihara tulang agar sentiasa kuat. Manakala bawang merah pula membantu meremajakan serta menghaluskan kulit anda.




Cereal


9. Cereal, memiliki komposisi vitamin yang lengkap untuk tubuh dan kulit.


Tomato


10. Tomato, mengandungi oksidan pencegah kanser kulit seperti beta karotein, vitamin C dan lycopene.


Ikan Salmon


11. Ikan berminyak seperti salmon, mengandungi asam lemak Omega 3, membantu melembabkan dan memberikan nutrisi pada kulit.





Vitamin dan Mineral untuk Kulit



Protein


1. Protein, berfungsi menguatkan dan melembutkan kuku, membantu membina keratin, senyawa yang menghasilkan kuku.


Air Putih


2. Air putih, berfungsi untuk mengeluarkan toksin dari tubuh dan menyegarkan kulit serta membuat kulit kelihatan lebih bersinar. Meminum air putih dengan kerap akan dapat mengekalkan kelembaban kulit dan kulit nampak lebih kenyal.



Minyak Ikan Kod

Ikan Kod


3. Asam lemak essensial,atau minyak ikan kod membantu menjaga kekenyalan kulit, di samping itu, minyak ikan kod juga mengandungi EPA dan DHA yang sangat diperlukan oleh tubuh dan kesihatan kita.







Vitamin B1, B6, B12


4. Vitamin B, menjadikan rambut lebih berkilat..


Mineral Silica


5. Mineral silica, penting untuk menjaga elastisiti kulit, menjadikan kulit sihat dan bersinar.


Vitamin C


6. Vitamin C, membantu membina kolagen yang dapat mengurangkan kerut dan kedut-kedut di wajah. Kulit yang mengandungi banyak kolagen dapat mempertahankan elastisiti dan bebas kedut untuk waktu yang lebih lama.


Buah Naga



Bayam Merah

7. Vitamin C dan zat besi, bersama-sama membantu mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata.


Penerangan tentang zat besi = Sumber terbaik zat besi didapati dari hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, unggas dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan juga merupakan sumber zat besi yang baik dari protein nabati.

Gejala kekurangan zat besi akan menyebabkan mudah mendapat penyakit lelah dari biasanya, rasa ngilu, hilang selera makan dan mudah sakit kepala. Kandungan zat besi yang rendah di dalam badan juga boleh memberikan kesan kepada memori dalam otak dan sistem keimunan serta turut mengakibatkan penyakit Anemia (kekurangan darah merah).

Terjadinya kekurangan zat besi paling berpotensi pada wanita hamil, sedang menyusukan anak, orang dewasa dan vegetarian. Pendarahan menstruasi (haid) juga boleh menyebabkan kekurangan zat besi oleh sebab itu golongan wanita lebih kerap mengalami kekurangan zat besi.

Zat besi banyak terkandung di dalam daging merah, telur, dan unggas, bijirin, beberapa sayuran hijau seperti bayam dikenali sebagai sayuran yang dapat memperkuatkan tulang dan otot.


Vitamin E




8. Vitamin E, membantu mengekalkan kecantikan kulit. Vitamin ini juga dapat mengatasi sembab dan kemerahan yang disebabkan oleh terbakar dari sinar matahari.



Foods and Spices that contain the essential mineral zinc


Kalsium


9. Zinc dan kalsium, membantu mengatasi jerawat.




P/S: lepas tengok gambar jeruk ngan strawberi trus kecur air liur,,wah sedapnya!!! (^-^)



 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template