Pages

Tuesday, March 30, 2010

"The Praying Hands"

Salam semua, dua minggu yg lepas, time call keluarga kat rumah dan bercerita itu dan ini,,tiba-tiba adik saya yang bongsu yang masih bersekolah dan sekarang masih berada di tingkatan lima bercerita tentang kertas ujian bahasa inggerisnya,,dalam ujian tersebut ada satu soalan part summary atau dalam bahasa melayunya rumusan,,dan soalan itu meminta supaya para pelajarnya membuat summary tentang story di bawah ini...sampai sekarang ini saya sangat kagum dengan guru bahasa inggeris di sekolah tempat adik saya belajar, kerana boleh menyebabkan pelajar-pelajarnya mengalirkan air mata tatkala menjawab soalan ini..mungkin tersentuh dengan cerita ini kot,,sejurus selepas saya mendengar cerita dari adik saya,,terus saya ke laptop dan search tentang cerita ini dan ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi,,memang pertama kali baca cerita ini (lebih-lebih lagi website ini attach lagu yang sangat mendayu sesuai dengan jalan ceritanya, teramatla jadi feelingnya hehe),,,so, saya akur dan surrender sebabnya saya juga turut menangis, maybe feeling baca cerita ini,,tapi xdela teruk sangat ,,hahaha just one drop of tears.. so kepada anda semua, read this story...very touch of my heart..nak link website story ni,,sila klik di bawah.

The praying hands


"The praying hands" potraited by Albrecht Durer




The Praying Hands

Back in the fifteenth century, in a tiny village near Nuernberg, lived a family with eighteen children. Eighteen! In order merely to keep food on the table for this mob, the father and head of the household, a goldsmith by profession, worked almost eighteen hours a day at his trade and any other paying chore he could find in the neighborhood.


Despite their seemingly hopeless condition, two of Albrecht Dürer the Elder's children had a dream. They both wanted to pursue their talent for art, but they knew full well that their father would never be financially able to send either of them to Nuernberg to study at the Academy. After many long discussions at night in their crowded bed, the two boys finally worked out a pact. They would toss a coin. The loser would go down into the nearby mines and, with his earnings, support his brother while he attended the academy. Then, when that brother who won the toss completed his studies, in four years, he would support the other brother at the academy, either with sales of his artwork or, if necessary, also by laboring in the mines.


They tossed a coin on a Sunday morning after church. Albrecht Dürer won the toss and went off to Nuernberg. Albert went down into the dangerous mines and, for the next four years, financed his brother, whose work at the academy was almost an immediate sensation. Albrecht's etchings, his woodcuts, and his oils were far better than those of most of his professors, and by the time he graduated, he was beginning to earn considerable fees for his commissioned works.


When the young artist returned to his village, the Dürer family held a festive dinner on their lawn to celebrate Albrecht's triumphant homecoming. After a long and memorable meal, punctuated with music and laughter, Albrecht rose from his honored position at the head of the table to drink a toast to his beloved brother for the years of sacrifice that had enabled Albrecht to fulfill his ambition. His closing words were, "And now, Albert, blessed brother of mine, now it is your turn. Now you can go to Nuernberg to pursue your dream, and I will take care of you."


All heads turned in eager expectation to the far end of the table where Albert sat, tears streaming down his pale face, shaking his lowered head from side to side while he sobbed and repeated, over and over, "No ...no ...no ...no."


Finally, Albert rose and wiped the tears from his cheeks. He glanced down the long table at the faces he loved, and then, holding his hands close to his right cheek, he said softly, "No, brother. I cannot go to Nuernberg. It is too late for me. Look ... look what four years in the mines have done to my hands! The bones in every finger have been smashed at least once, and lately I have been suffering from arthritis so badly in my right hand that I cannot even hold a glass to return your toast, much less make delicate lines on parchment or canvas with a pen or a brush. No, brother ... for me it is too late."




One day, to pay homage to Albert for all that he had sacrificed, Albrecht Dürer painstakingly drew his brother's abused hands with palms together and thin fingers stretched skyward. He called his powerful drawing simply "Hands," but the entire world almost immediately opened their hearts to his great masterpiece and renamed his tribute of love "The Praying Hands."

The next time you see a copy of The Praying Hands, take a second look. Let it be your reminder, if you still need one, that no one - no one - - ever makes it alone!


~Source Unknown~

Even though the story is fiction, I hope the intent of the story is appreciated, whether true or not.

Monday, March 29, 2010

"Kelebihan Solat Berjemaah"


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,,entri saya pada kali ini adalah tentang kelebihan solat berjemaah mengikut kajian saintifik yang ditemui oleh seorang Professor dari Universiti Amerika Syarikat yang sangat pakar di dalam bidang fizik, penemuan yang sangat mengagumkan,,subhanaAllah..semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada artikel ini,,,.




SAIYIDINA UMAR AL-KHATAB R.A BERKATA : "TIADA ISLAM KECUALI DENGAN BERJEMAAH, TIDAK ADA JEMAAH KECUALI DENGAN KEPIMPINAN DAN TIDAK ADA KEPIMPINAN KECUALI KETAATAN." ( Ad-Darimi dari Tamim Ad-Dahari )





KELEBIHAN SOLAT JEMAAH


Kelebihan Solat Berjamaah Dari Pandangan Seorang Bukan Islam Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif.


Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.


Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalambidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.


Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.


Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.


Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).


Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untukmenunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud.

Amalan solat malam ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.


Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah.

"Maha suci Engkau ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan sesuatu itu
sia-sia, maka peliharalah aku dari azab neraka", maksud firman Allah dalam surah Ali Imran.

Kesimpulan, hayati dan renungkan untuk kebaikan kita bersama.

Walahu'alam.

Tuesday, March 9, 2010

"Principles Of Life"

salam everyone,,cewahh hari ini berbahasa inggeris pula saya selepas sekian lama menggunakan bahasa ibunda..hehe..entri saya kali ni nak berikan semangat kepada kita semua,,kepada yang berduka cita, sedih,marah mempunyai masalah,tekanan/stress atau tengah down ketika membaca blog ini diharap ianya dapat dikurangkan dengan melihat gambar-gambar di bawah ini,,yang mana ianya banyak tertulis kata-kata perangsang atau inspirational quotes..i got it from other website, hopefully it will reduce our sadness and then build up our spirit to do better in life!!

Very nice quotes..... Many of them Touched my Heart.



A Few Principles of Life




"Ubat Hati"

Salam sejahtera kepada semua,,,dh lama tak update blog,,erm sangat-sangat sibuk sejak kebelakangan ini memandangkan semester ini pun sudah tinggal beberapa minggu lagi untuk final exam,,kadang-kadang dalam kesibukan ini,,teringat pula zaman kecil-kecil dulu,ketika berumur setahun jagung, ketika zaman kanak-kanak,bermain-main dengan kawan-kawan sepermainan menangis, ketawa dan sebagainya,,langsung tidak terfikir dengan beban kerja ataupun masalah,,hidup dengan penuh ceria,,haha,,tetapi apabila usia sudah meningkat kepada remaja,,banyak benda baru yang perlu dipelajari,,zaman remaja inilah merupakan zaman yang paling mencabar,penuh dgn dugaan,,orang kata kalau kita tidak pandai menguruskan dan mengawal diri ,pasti akan mudah terjerumus ke lembah kehinaan,,perlunya ada iman serta Islam sebagai cara hidup kita,,dan menjadikan Al-quran dan Al-sunnah sbg pegangan hidup dimana pun jua kita berada...iman kita ibaratkan seperti senipis kulit bawang,,sgt mudah untuk koyak/goyah jika tidak dipupuk dengan amal kebajikan serta amal soleh. Hati manusia sgt rapuh dan sangat mudah untuk goyah,,di sini saya ingin berkongsi 5 perkara yang boleh mengubat hati, kalau ada sesiapa yang pernah mendengar lagu nasyid dari Indonesia yang berjudul Tombo ati anda pasti akan tahu.






Ubat Hati ada 5 perkara:

  1. Baca Quran dan maknanya

  2. Solat malam dirikanlah

  3. Berkumpullah dengan orang-orang soleh

  4. Perbanyakkan berpuasa

  5. Zikir malam berpanjanglah


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.






InsyaAllah kita sama-sama amalkan 5 perkara tersebut dengan konsisten dan istiqamah,,semoga hati kita akan sentiasa dijaga. Elakkanlah daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah kerana ianya boleh mengakibatkan hati kita akan ada satu titik hitam yang mana sangat susah untuk menghilangkannya.Fikir-fikirkanlah,,,insyaAllah.
 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template