Pages

Tuesday, March 9, 2010

"Ubat Hati"

Salam sejahtera kepada semua,,,dh lama tak update blog,,erm sangat-sangat sibuk sejak kebelakangan ini memandangkan semester ini pun sudah tinggal beberapa minggu lagi untuk final exam,,kadang-kadang dalam kesibukan ini,,teringat pula zaman kecil-kecil dulu,ketika berumur setahun jagung, ketika zaman kanak-kanak,bermain-main dengan kawan-kawan sepermainan menangis, ketawa dan sebagainya,,langsung tidak terfikir dengan beban kerja ataupun masalah,,hidup dengan penuh ceria,,haha,,tetapi apabila usia sudah meningkat kepada remaja,,banyak benda baru yang perlu dipelajari,,zaman remaja inilah merupakan zaman yang paling mencabar,penuh dgn dugaan,,orang kata kalau kita tidak pandai menguruskan dan mengawal diri ,pasti akan mudah terjerumus ke lembah kehinaan,,perlunya ada iman serta Islam sebagai cara hidup kita,,dan menjadikan Al-quran dan Al-sunnah sbg pegangan hidup dimana pun jua kita berada...iman kita ibaratkan seperti senipis kulit bawang,,sgt mudah untuk koyak/goyah jika tidak dipupuk dengan amal kebajikan serta amal soleh. Hati manusia sgt rapuh dan sangat mudah untuk goyah,,di sini saya ingin berkongsi 5 perkara yang boleh mengubat hati, kalau ada sesiapa yang pernah mendengar lagu nasyid dari Indonesia yang berjudul Tombo ati anda pasti akan tahu.






Ubat Hati ada 5 perkara:

  1. Baca Quran dan maknanya

  2. Solat malam dirikanlah

  3. Berkumpullah dengan orang-orang soleh

  4. Perbanyakkan berpuasa

  5. Zikir malam berpanjanglah


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.






InsyaAllah kita sama-sama amalkan 5 perkara tersebut dengan konsisten dan istiqamah,,semoga hati kita akan sentiasa dijaga. Elakkanlah daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah kerana ianya boleh mengakibatkan hati kita akan ada satu titik hitam yang mana sangat susah untuk menghilangkannya.Fikir-fikirkanlah,,,insyaAllah.

0 comments:

 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template