Pages

Monday, June 6, 2011

Kehidupan harus diteruskan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, tidak mahu menulis panjang pasal kisah hari ini, cuma apa yang saya nak bagitahu, hari ni merupakan hari yang paling memenatkan bagi saya, bermula dari jam 8 pagi bertolak dari Hotel Ev World, menumpang dengan keluarga kawan saya dari UTM skudai, untuk sama-sama mengikuti program Huawei Telecommunication Engineering Job Camp yang di taja oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia dan training pula diajar oleh syarikat konsultan pakar dari Bayan Lepas Pulau pinang iaitu Dreamcatcher Sdn Bhd. Program ini akan bermula dari 6 Jun sehingga 8 Julai (25 hari). Selepas itu, pada pukul 8 pagi, kami bertolak dari Hotel dengan menaiki kereta ayah kawan saya untuk menghantar kami ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik untuk pendaftaran, memang sungguh memenatkan, lebih-lebih lagi pukul 2 petang kami harus membayar yuran penginapan di Menara Budisiswa UiTM Shah Alam, dan kemudiannya terus ke Pejabat pengurusan Kolej Mawar untuk mendapatkan kunci bilik. Ternyata sejujurnya saya tak nafikan pihak pengurusan kolej Perdana di UTM skudai tempat saya belajar dahulu adalah lebih baik dari sini, tapi apa-apa pun saya sangat bersyukur pada Allah, sekurang-kurangnya masih ada lagi tempat berteduh dan tempat tinggal untuk saya, jika tidak saya perlu mencari rumah sewa di sekitar UiTM shah alam, yang mana sekarang ini saya masih tidak tahu selok belok tempat di sini dan yang paling penting bayaran sewanya juga agak mahal.

Selepas tamat kelas hari ini yang hanya melibatkan satu modul sahaja iaitu Technical Presentation yang diajar oleh Mah Ting Keong saya terus pulang ke bilik sambil mengemas barang apa yang patut. Sebenarnya saya tidak menulis panjang pasal program, kerana ianya membuatkan kepala saya lagi penat, tapi apa yang nak diceritakan dekat sini perasaan hati saya betul-betul sebak, sebab pada hari permulaan dan untuk presentation saya tidak dapat buat yang terbaik, penat mengejar, berjalan dengan lajunya kerana sudah terlewat kelas selama setengah jam, membuatkan adrenalin saya naik, perasaan berdebar dan saya tidak dapat present point saya dengan baik, sehinggakan instructor itu memberikan komen saya hanya meng"copy" dan 'paste' sahaja apa yang ingin saya sampaikan, memang benar saya rasa gelabah lebih-lebih lagi kumpulan yang saya join sudah pun membaca lebih awal lagi artikel yang diberikan oleh instructor untuk dipresentkan dan mereka sudah pun tahu apa yang ingin dibuat, sedangkan saya terpinga-pinga dan ibaratkan seperti tidak tahu apa-apa yang ingin dibuat. Sehingga ada salah seorang dari ahli kumpulan tersebut memberitahu saya, "kau buatlah part yang mana yang kitorang masih belum buat lagi", tajuk yang ingin dipresentkan adalah berkaitan dengan Voice over Internet Protocol ( VoIP), dan buatkan satu presentation untuk menarik minat pengguna awam untuk membeli sistem ini. Saya hanya diberikan masa hanya 25 minit untuk baca, memahamkan dan prepare. Saya tahu performance pelajar dari UTM macam-mana, cara pembelajaran lagi details dan program hebat dilaksanakan, tapi saya masih lagi belum mengenal dan tahu performance pelajar dari UiTM. Memang tak dinafikan ketika berada di UTM memang saya merupakan pelajar yang sangat menitikberatkan apa yang ingin saya sampaikan ketika present, sebab kebiasaannya saya akan praktis terlebih dahulu selama beberapa kali dan saya sudah tahu apa yang ingin saya sampaikan, tapi hari ini ternyata saya hanya membaca sahaja apa yang tertulis dekat skrin komputer, memang kelakar kan, tak mengapalah hari pertama dengan pelbagai macam masalah yang datang, lebih-lebih lagi saya baru sahaja menyesuaikan diri dengan kawasan di sini.

Seterusnya pada jam 6.30 petang, selepas pulang membeli makanan untuk makan malam dan barang-barang keperluan dekat koperasi, saya bersiap-siap untuk pergi ke surau di kolej mawar, Alhamdulillah selepas solat maghrib berjemaah hati saya rasa tenang, kemudiannya saya terus solat hajat hampir selepas berdoa menitis air mata menahan sebak, saya tidak tahu mengapa hati saya rasa sedih, hati saya tidak tenteram pada keseluruhan hari ini,,saya menghantar mesej kepada adik saya yang sedang belajar di Kolej MARA Kulim, dia tahu ketika itu saya sedang 'lost' and 'down', kemudiannya ada satu mesej yang mengandungi kata-kata semangat untuk saya, mesej itu berbunyi seperti ini:

'A woman should be so lost in God, that a man will have to seek Him in order to find her', just want to share this, i think it's beautiful =)


Selepas membaca mesej itu, sedikit sebanyak memberikan sedikit kelegaan kepada saya, tapi dalam hati saya berkata sweet juga mesej ini dan tiba-tiba saya terfikir siapalah gerangan lelaki yang sedang mencari-Nya untuk menemui saya, ermm ntahla saya malas lagi memikirkan tentang hal sebegini, bagi saya Jodoh, ajal maut dan rezeki, Allah SWT sudah tentukan sejak di Luh Mahfuz lagi, jadi biarkan lah ianya datang dengan sendiri, yang penting saya ingin fokus dengan kehidupan saya terlebih dahulu. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, sedikit sebanyak memberikan saya kelegaan, kemudiaan untuk pengisian sewaktu menunggu solat isya', ada program Sharing is Caring yang dikendalikan oleh Sahabat Surau, memang sangat bagus program ini, teringat pula ketika saya sedang belajar di UTM, pelbagai program kerohanian dilakukan dan yang paling saya ingat ialah program usrah, memang sangat seronok dan yang paling penting input yang kita dapat boleh digunakan di dunia dan akhirat. Di surau juga saya berjumpa banyak teman-teman baru, walaupun mungkin sekejap sahaja saya boleh lihat mereka dekat sini, tapi ianya memberikan kesan yang sangat mendalam untuk saya, banyak benda dan perkara yang saya ingat kembali ketika berada di surau, apa pun hati saya merasa sungguh tenang selepas pulang dari surau..InsyaAllah jikalau rezeki saya yang Allah tetapkan dekat Huawei, ianya tidak akan kemana, dan saya hanya mampu meminta doa pada Allah moga Dia sentiasa memberikan saya yang terbaik di dalam apa yang ingin lakukan. Matlamat saya satu sahaja dekat dunia ini, hanya untuk mencari redha Ilahi dan melakukan yang terbaik untuk penghidupan yang lebih baik suatu hari nanti di Syurga Allah, amin...



P/s: Doakanlah semoga saya boleh buat yang terbaik untuk menjaga nama baik UTM, dan menjaga prestasi cara presentation saya. Saya tidak mahu bersaing dengan mana-mana pihak, tapi yang penting saya ingin buat yang terbaik..insyaAllah.

0 comments:

 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template