Pages

Friday, January 21, 2011

Ibu.....

Salam kepada pembaca blog sekalian, huhu dh lama dh x update blog, maklumla dh akhir semester untuk degree level, tp if anda refers pada entri saya yg lepas yang berkisar tentang thesis, sekarang ni saya sangat bersyukur kerana dapat supervisor orang UK. alhamdulillah result thesis saya memberangsangkan untuk Final Year Project part 1, itulah dia moral of the story, jangan sekali-kali mengeluh dan berputus asa apabila mendapat sesuatu perkara, sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk kita,,,huhu...Alhamdulillah syukur ya Allah for everything..tiada yang lebih agung melainkan Dia.. so sekarang ni saya tengah bertungkus lumus untuk menyiapkan thesis saya untuk part 2 pulak, harap semuanya berjalan lancar insyaAllah..doakanlah.

Ok lah, entri kali ni sebenarnya saya ingin bercerita sedikit tentang tajuk ibu..huhu semua manusia yang dilahirkan di dunia ini pasti akan mempunyai ibu, walaupun hari ibu lambat lagi, tapi bagi saya setiap hari merupakan hari ibu,,...dialah segala-galanya buat kita, bayangkan 9 bulan 10 hari mengandungkan kita, melahirkan kita dengan penuh kesakitan, membesarkan kita, bersabar dengan setiap kerenah kita especially ketika sedang dalam proses tumbesaran, meberikan pendidikan sebaiknya, mengenalkan kita kepada siapa pencipta kita, mengajarkan Al-Quran dan solat, dan sentiasa bersama-sama dalam susah dan senang..huhu,,sebab itulah Allah meninggikan darjat untuk kaum hawa yang bergelar ibu, malahan bagi seseorang lelaki syurganya berada di bawah telapak kaki ibunya, sedangkan bagi seorang wanita yang berkahwin syurganya berada di telapak kaki suaminya, betapa indahnya ciptaan dan kejadian Allah bukan...

Ibu saya, dua dari kiri (bertudung kelabu+berjubah pink hehe =)



sebulan yang lepas, saya balik rumah untuk cuti semester, tiba-tiba terasa nak belek2 album gambar lama keluarga, tiba-tiba saya terjumpa satu gambar yang betul-betul membuatkan saya ingin menitis air mata, gambar itu merupakan gambar ibu saya ketika beliau mengandungkan saya, ketika itu kalau x silap usia kandungan ibu berusia lebih kurang 5 bulan, huhuhu,saya tanya kepada ibu saya, siapa baby kat dalam perut ibu tu?, beliau menjawab, "kamulah", beritahunya sambil tersengih memandang saya...huhu, gambar itu diambil ketika keluarga saya sedang menghantarkan abang saya yang sulung untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.. apabila melihat gambar tersebut hati saya betul2 tersentuh, betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu...huhu,,,disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wanita yang paling berjasa dalam hidup saya, yang sentiasa mendoakan dengan linangan air mata, yang mencium pipi saya setiap kali untuk datang belajar ke UTM, yang sentiasa menyediakan kelengakapan untuk anak2,sentiasa tabah dalam mendidik 11 orang anak yang semuanya bermacam jenis ragam... tiada pengorbanan yang lebih dari mu seorang ibu..harap sangat saya boleh menjadi seperti dia suatu hari nanti,,insyaAllah,, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua...

"Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama dengan Rasulullah SAW di dalam syurga"


Sayang ibu.....


p/s: rasa x sabar nak balik rumah n habiskan cepat2 this last semester.=)

0 comments:

 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template