Pages

Saturday, March 4, 2017

Master

Assalamualaikum and salam sejahtera

        Lama sudah menyepi, hampir 8 tahun meninggalkan blog tanpa menulis apa2. Tak dinafikan semakin menginjak usia semakin sibuk saya dibuatnya..Saya grad ijazah sarjana muda pada september 2011, konvo dekat UTM. Time ni masih lagi kurus berat ideal dalam 45Kg, tapi selepas 6 tahun berat sudah naik sehingga 70 Kg, saya pun tak tahu kenapa maybe metabolism saya semakin turun dan stress semakin meningkat disebabkan banyak perkara yang perlu dilakukan. So dari situ saya mula makan banyak seperti junk food, fast food dan minuman-minuman manis. Selepas saya habis degree tahun 2011, saya stay dekat rumah di kampung selama setahun, dan selepas itu pada september 2012 saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (master) di UTM dalam bidang kejuruteraan elektrik. Sepanjang september 2011 sehingga september 2012 saya menghabiskan masa dekat rumah, so ini juga merupakan faktor kenapa berat badan naik, sbb saya x buat apa-apa hanya tidur, makan dan tengok tv, sepanjang saya duduk rumah selama setahun ketika itu jugalah saya memohon kerja di kuala lumpur, saya stay duduk dekat rumah kakak saya di gombak sekejap, saya mohon kerja dan pergi interview setiap kali kalau dapat panggilan dan email dari mereka, hampir dekat 10 interview jugak saya pergi, tapi still x de rezeki, tapi pada bulan February 2012 saya dapat email dari syarikat Silver Ridge Holding Berhad untuk jawatan Engineer, gaji untuk tempoh percubaan selama 3 bulan, adalah rm 1800 untuk sebulan, unfortunately saya bukak email tu lambat dalam sebulan lepas tu saya tengok email dari mereka, jadi tawaran kerja itu terbatal sebab mereka x dapat respons dari saya, so mereka ingatkan saya tidak berminat dengan tawaran kerja tu, silap saya jugak sbb x check dalam masa sebulan selepas tarikh mereka hantar email kt saya, sedih la jgk sbb terlepas kan offer kerja tu, sbb company tu memang betul2 match dengan saya punya qualification and course yang saya ambik masa belajar degree dulu.
    Banyak perkara yang berlaku masa saya berada di rumah kakak saya di Gombak, banyak kenangan yang tak dilupakan ketika berada di situ, selepas tu saya stay dekat rumah di kampung selepas saya apply untuk sambung belajar di peringkat master, dan pada september 2012 saya mendaftarkan diri di UTM Johor pada 5 september 2012, pada masa ni memang saya betul2 miskin sbb dah x de duit apa2 sbb saya x bekerja langsung time tu, saya hanya duduk dekat umah di kampung dan juga semasa di gombak, jadi saya x tahu macam mana nk bayar yuran utk sem 1 masa saya mendaftarkan diri pada september tu, nasib baik la mak saya bagi pinjam rm1000 untuk daftar, saya tanya orang yang bahagian bendahari dia kata boleh bayar 1000 dulu, dan selepas tu baru boleh bayar untuk baki yuran seterusnya Alhamdulillah syukur saya dibuatnya, so selepas mendaftar tu saya masuk kolej dan ada bilik sendiri. Selepas tu saya apply research student grant (RSG) under grant supervisor saya, dan Alhamdulillah saya dapat rm1600 sebulan dalam tempoh beberapa bulan dan seterusnya saya kena perbaharui kontrak saya untuk dapat duit grant bagi untuk bulan-bulan seterusnya, Alhamdulillah dengan duit tu saya boleh bayar baki yuran yang tertunggak sebelum ni dan untuk perbelanjaan harian, saya dapat berjimat duit ni untuk tiap2 bulan sebab saya hanya menaiki motor untuk pergi ke lab so x yah bayar bulanan untuk kereta, daripada duit itu jugaklah saya bayar semua hutang PTPTN saya sebanyak rm5000, saya pinjam sikit dari PTPTN ni sebab saya dapt JPA masa saya sem 2 degree dulu, so Alhamdulillah saya dah xde hutang apa2 lagi dah, saya jugak dapat tawaran biasiswa myBrain dari KPT, diorang bayar yuran saya untuk setiap sem sampai saya habis belajar. Alhamdulillah juga saya dapat Graduate On Time (GOT) di UTM, tapi saya ada postpone jugak satu sem masa taun 2013 sebab ingin berehat kejap, tp pihak mybrain melanjutkan pembiayaan yuran saya untuk sem seterusnya, Alhamdulillah, jadi untuk empat empat sem yuran saya ditanggung oleh MyBrain, pada 2 Feb 2015 saya hantar thesis saya untuk peperiksaan lisan (Viva) dan selepas 3 bulan diorang panggil saya viva pada Mei 2015, Alhamdulillah saya pass viva saya dengan minor correction  3 bulan, dan akhirnya saya hantar hard bound thesis saya pada bulan 8 kalau x silap saya dan saya grad master saya pada bulan oktober 2015, pada tahun 2015 memang menyedihkan bagi saya sebab saya kehilangan ayah saya yang saya sangat sayangi pada 2 Jan 2015, saya lalui liku-liku tahun itu dengan hati yang redha dengan ketentuan yang Allah bagi, sedih memang tak dapat diucapkan, tapi saya redha dengan takdir yang Allah tetapkan.
        Seterusnya pada  8 oktober saya mendaftarkan diri dalam pengajian PhD saya pada tahun yang sama iaitu tahun 2015, dan sehingga hari ini saya sudah berada di sem yang keempat. Banyak betul perkara yang terjadi selama 6 tahun ni selepas saya grad degree dulu. Alhamdulilah sekarang saya sudah ada master dari UTM. Jadi saya ingin habiskan PhD saya dengan jayanya InsyaAllah. So, setakat ni sahaja untuk hari ni. Semoga Allah permudahkan urusan saya, aminn...

0 comments:

 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template