Pages

Monday, March 6, 2017

"Mistake but...."

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah masih boleh menghirup udara segar di bumi Allah, hari ni baca jurnal paper je dan tengah run simulation antenna using FEKO software, tadi tengahari g makan kat sebelah penerbit and lepas tu pergi arked meranti untuk beli yogurt dan biskut, masa tengah tengah naik motor tu lalu dekat fakulti kejuruteraan kimia, rasa sedih tiba tiba sebab terkenangkan masa matrik dulu. Sedih sebab x belajar elok elok, walaupun sem 1 masa matrik ok tapi masa sem 2 jatuh. Result sem 1, 3.79, result sem 2, 3.45, so secara puratanya result saya ialah 3.62, memang sedih sangat sbb x belajar betul2, masa spm pun kadang2 terpikir x blajar english elok2, sbb english masa spm dapat 4B, teruk jgk tu results. Selepas abes matrik masa isi borang UPU untuk masuk u bagi pengajian degree, ada 8 pilihan course dalam borang upu tu, yang pilihan pertama saya pilih farmasi dekat uitm, yang kedua pilih kejuruteraan kimia dekat UKM, and yang ketiga pilih UTM course kejuruteraan elektrik telekomunikasi, yang keempat dan seterusnya saya dah x ingat dah. Tapi yang dapat nya adalah pilihan ketiga.
   Masa dapat keputusan tu hanya Allah je yang tahu terkejutnya saya dan x disangka dpt kos ni, sedihh memang x dapat di bayangkan, memang betul2 silap pilih kos ni, dah lah UTM jauh kt johor pulak tu lepas tu kos elektrik xde kaitan langsung dengan subjek yang di ambil masa belajar kt matrik dulu, kt matrik belajar kimia, bio, matematik dan bahasa inggeris. Adusss memang betul2 x di jangka keputusan ni, silap saya jugak sebab masa isi tu  x pikir betul2. Kalau ikutkan untuk tukar course memamg boleh sebenarnya, asalkan sama universiti, tp saya x terfikir pun pasal ni, sbb cos kejuruteraan kimia ada je dekat UTM ni so boleh tukar cos masa awal2 dulu. Tp entahla x terpikir pun masa tu, sampai la saya start sem 1 degree. Saya x tau apa yang saya belajar, dahla subjek asas kejuteraan elektrik dapat C and subjek2 lain pun dpt B macam tu je. Semua subjek yang saya ambik xde kaitan langsung dengan subjek yang saya ambik masa matrik dulu, kalau guna pun subjek matematik je. Sebab engineering memang banyak kena guna subjek matematik.
     So, secara ringkasnya, memang saya dah buat mistake dalam life saya ni sejak degree lagi, mula2 masuk hanya tuhan je tahu huhu, ntahla sedih rasanya, kalau fikirkan balik ni adalah takdir yang Allah tetapkan, tp kadang2 tu bila down jadi cmnila, depressed. Masa sem 1 degree memang x ok result saya, tapi lepas masuk sem 6 result saya makin ok, saya dapat 3.74  dan sem 7 dapat 3.86 dan sem 8 dapat 3.62, so puratanya result masa degree dapat 3.43. Ini maybe disebabkan masa sem2 akhir saya banyka belajar subjek telekomunikasi berbanding elektrik. Ermm agak ok la, tapi bagi saya result ni x ok, xtau la kenapa. Nak dijadikan cerita, masa saya sem 7, akhir sem 7, ada kawan saya dari sekolah menengah contact saya melalui chat facebook, saya ok je sbb kenal mcm biasa, lepas tu kami berhubung melalui google talk yang memang famous dulu apps ni. Sampaila dia datang rumah saje dtg melawat saya time raya, lepas tu hubungan kami makin serius, dan saya dah start berharap yang hubungan ni berkekalan sampai ke alam perkahwinan, tp x lama lepas tu, masa saya sem 8, final sem, kami putus and x contact langsung dengan satu sama lain. Masa tu saya betul2 depresss dan saya x boleh fokus langsung dalam kelas, saya merasa down dan sampai saya jarang bercakap, mula senyap dan apabila kawan2 tanya saya x cakap byk mana. Kawan2 saya perasan saya dah mula berubah, sbb dulu saya kerap bercakap dan happy macam biasa, tp skrang dah jadi pendiam. Sampaila saya habis degree bulan may tahun 2011, masa tu memang dah kritikal lebih2 lagi saya x dpt kerja, depression saya makin bertambah, banyak company saya pergi interview tp x dapat.
        Masa saya berkawan dengan kawan sekolah saya tu, dia pernah bagitau saya untuk suruh saya  sambung belajar master, masa tu saya terus dalam dilema mana satu saya kena pilih, samada sambung belajar atau kerja. Kalau ikutkan masa saya degree dulu, sebelum saya berkawan dengan dia, hati saya betul2 teguh dan kuat pendirian saya, yang saya ingin bekerja selepas tamat degree, langsung xde dalam fikiran saya untuk sambung belajar, sbb memang saya x minat langsung kos yang saya ambik ni, tp disebabkan kerana kawan saya tu, saya mula dalam dilema, masa interview kerja pun saya x focus. Tp kalau ikutkan, mmg Allah dah tetapkan jalan saya ke arah sambung belajar, sebab saya dah berusaha dah untuk dapatkan kerja tp x dapat, selama setahun saya mohon kerja tp x dapat, so saya berkeputusan untuk sambung belajar, sampai la ke hari ni saya tengah buat PhD, tapi yang saya sedihnya, life saya so miserable, belajar benda yang saya x minat, setiap hari saya kena baca dan menghadap benda yang saya x minat, mmg menyeksakan, tapi saya dah xde pilihan lain, hanya tu je yang saya boleh pilih. Tp xpela saya redha dengan ketentuan Allah, mungkin ni jalan yang terbaik  yang Allah dah tetapkan untuk saya. That's it for today...

0 comments:

 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template