Pages

Thursday, December 17, 2009

"Tabahkan hatimu wahai saudaraku"




KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. - Bernama

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20091211151723/Article/index_htm



"Ujian"


aku tidak dapat membayangkan betapa hancur dan luluhnya hati Teh Afifah Shahirah apabila suami yang baru empat jam dinikahinya itu pergi dan tidak akan kembali lagi buat selama-selamanya

malam tadi ketika menonton Buletin Utama, aku dapat melihat dengan jelas jari-jemari Teh Afifah yang masih bersalut inai merah itu berdoa sambil menitiskan airmata melihat jenazah suaminya


aku yakin akan ada ungkapan…’ Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup ni kena teruskan perjuangan’…tetapi itu adalah kata, kata lebih mudah untuk dilafazkan tetapi tidak semudah untuk diangkat menjadi nyata


sebenarnya aku sangat hiba, ya bukan aku saja, semua orang akan merasa hiba dengan peristiwa tragis ini tetapi aku bukan Teh Afifah, insan yang terpaksa melalui semua ini, insan yang terpaksa memikul semua ini, bersendiri!


betul lah kata orang, kadangkala kita rasa ujian yang Tuhan berikan pada kita sudah terlalu berat, rupanya ada lagi ujian yang lebih berat diturunkan kepada hambanya yang lain


jika pagi tadi Teh Afifah mencium tangan suaminya selepas selesai akad nikah, siapa sangka di sebelah petangnya dia terpaksa menatap wajah suaminya itu dibilik mayat dan disebelah malam pula menabur bunga di pusara kekasih yang sangat dicintainya itu


semoga Allah memberikan kekuatan untuk Teh Afifah menjalani kehidupan yang sungguh mencabar ini…ini harinya, hari kita belum tentu bila



=========================

tentang ujian

Ujian tidak boleh terlampau susah di mana orang mukmin atau orang munafik akan gagal dalam ujian itu.
Ujian adalah untuk membezakan antara orang Mukmin dan orang Munafik.
Orang Munafik akan gagal, manakala orang Mukmin akan lulus.

Kerana orang Mukmin punya Mujahadah.

Ujian Allah yang susah hanya untuk mujahadah yang hebat, yang mana hanya orang Mukmin saja yang mampu melakukannya. Tanpa ujian tu pun , Allah sebenarnya dah tahu pun siapa hamba Dia yang Mukmin, siapa yang Munafik. But He wants us to know too. Allah bagi ujian untuk dedahkan rahsia siapa hamba Dia yang sebenar-benarnya.

Dan ujian adalah untuk push forward keimanan orang-orang mukmin,
dan Allah itu Maha Penyayang bukan? sebab Dia beri peluang untuk mukmin itu mengutip pahala mujahadah dalam ujian tersebut.

Jika sis Teh Afifah Syahirah ni diuji sehebat begini, sudah tentu pahala mujahadahnya sangat besar bukan. Pahala mujahadah+pahala sabar. Wallahua'lam. Hanya Dia yang mengetahui kedudukan para hambaNya setakat mana. Hanya Dia sahaja yang layak menilai.

Dan Allah beri ujian kepada orang lain, bukan hanya untuk orang lain, sebab ia juga peringatan untuk kita. Allah sedang mengingatkan, betul ke kita ni nak jadi hamba Dia? betulkah kita sudah beriman sebenar-benarnya?

Aku banyak belajar dari kisah sis Teh(sister Nz). Aku belajar tentang ujian untuk para mukmin dan tentang Sobrun Jamil(kesabaran yang baik)

Susah untuk kita bersabar dengan kesabaran yang baik, jika kita tak betul-betul percaya kepada Allah

Everything is from Allah, so don't be sad. If it is from Allah, it is the best for you


" Allah yang menciptakan kamu, kemudian memberi kamu rezeki, lalu mematikanmu kemudian menghidupkan kamu kembali. Adakah di antara mereka yang kamu sekutukan dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuatu yang sedemikian itu? Mahasuci Dia dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan "

Ar Rum: 40

" Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah berserta dengan orang-orang yang berbuat baik "

Al Ankabut : 69

Oh Allah, give her strength.

Salam takziah buat Sis Teh Afifah sekeluarga dan keluarga arwah Bro Ariff.

Al- Fatihah

p/s: Copy dari other blog.

0 comments:

 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template