Pages

Thursday, December 17, 2009

"Rokok Oh Rokok"





Kandungan bahan2 kimia yg terdapat dalam sebatang rokok


Salam and hello to all my blog visitor...nk crite sket, semalam time makan ngan kwn2 kt meranti arked,,ade beberapa org student UTM,,especially guys yg tanpa segan silu smoking w'pun org lain yg kt sebelah tgh makan...sbnrnya mmg diorang ade hak nk smoking ataupun tak,,tetapi biarlah di tempat tertutup bukannya di tempat awam, dan juga jika mereka ade sedikit rasa respect di dlm diri,,saya rase benda ini tidak akan berlaku, lgpun bukankah smoking itu membahayakn kesihatan kita termasuk orang yg tak menghisap rokok .,,ada saudara saya sering mengingatkan respect whoever they are, be nice to others though they being rude at you ...smbil menasihati diri jua =),..ok kepada rakan2 , sahabat handai and to all my blog visitor nk crite sket la psl rokok,,,nk bg pendedahan kpd saudara2 tentang apa itu sebenarnya rokok, keburukan dia especially in health and economy aspect,cigarette in Islamic view, statistic about cigarette, and lastly how to prevent smoking habit. Dengan ini, sama-samalah kita berkongsi sesuatu pengetahuan yang memberikan manfaat bersama.


1) Apa itu rokok?

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (bergantung kepada negara yg memgeluarkannya) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu ujungnya dan dibiarkan membara.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Sejak beberapa tahun ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai pesan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahayanya kesihatan, kesan daripada aktiviti merokok itu sendiri, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung (walapun pada kenyataannya ianya hanyalah hiasan semata-mata, jarang sekali dipatuhi).

Manusia di dunia yang merokok untuk pertama kalinya adalah suku bangsa Indian di Amerika, pada umumnya mereka sebenarnya merokok untuk keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh. Pada abad 16, Ketika bangsa Eropah menjelajah benua Amerika, sebahagian dari penjelajah Eropah itu ikut cuba menghisap rokok dan akhirnya ianya menjadi aktiviti kebiasaan di kalangan bangsawan Eropah. Tetapi berbeza dengan bangsa Indian yang pada awalnya merokok untuk keperluan ritual semata-mata, sedangkan di Eropah orang merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Abad 17 para pedagang Sepanyol masuk ke Turki dan saat itu kebiasaan merokok mulai masuk ke negara-negara Islam.

Telah banyak kajian dilakukan yang membuktikan bahawa aktiviti merokok sangat membahayakan kesihatan, buktinya ialah ramai penghisap rokok mengalami penyakit sep erti kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit pernafasan, penyakit pencernaan, dan emfisema, di samping itu ia juga turut meberikan kesan kepada janin di dalam rahim ibu. Bahayanya merokok ini bukan setakat kepada orang yang menghisap rokok itu sendiri malahan kepada orang lain yang juga turut menjadi mangsa.


p/s: isu tentang keburukan rokok especially in health and economy aspect akan disambung lg,,tq =)










0 comments:

 

a thousand miles..... Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template