Salam, lama sudah tak update blog, sekarang sudah bulan April, tinggal 19 hari saje lagi untuk TOP Exhibition..sure sangat takut berdebar, nervous dan sebagainya...Alhamdulillah nasib baik my book chapter dah hampir siap, tunggu malam ni sahaja nak siapkan untuk reference part pulak, dan kemudiannya akan ditunjukkan kepada my supervisor untuk grammatical checking dan contentnya sekali...sekarang masih bizi untuk menyiapkan Chapter 5 dan Chapter 6 pulak bagi my thesis ditambahkan pula untuk design poster bagi TOP Exhibition nanti. InsyaAllah saya akan menamatkan pembelajaran saya di institusi pengajian tinggi lebih kurang tinggal sebulan setengah sahaja lagi..insyaAllah juga saya akan konvo dalam bulan 9 nanti if sume assignment, Thesis, final exam berjalan dengan lancar..apa-apa pun doakan semuanya berjalan dengan lancar.Amin
p/s: Rasa tak sabar nak pulang ke rumah untuk bermain games The Sims dengan adik saya dan belajar memasak. =) p/s: Rasa tak sabar nak memakai jubah konvokesyen, memegang skroll dan memakai topi graduate p/s : Rasa tak sabar nak memegang segulung ijazah titled B.Eng of Electrical-Telecommunication selepas hampir 4 tahun bergelumang dengan buku, test, dan semestinya my final year project,..haha =)
Salam sejahtera kepada anda semua, fuhh, lebih kurang dah berapa bulan x update blog gara-gara focus pada Latihan Industri selama 2 bulan setengah, Final Year project part 1 dan part 2. Alhamdulillah dapat LI dekatCelcom Axiata Berhad cawangan Kota Bharu byk dpt knowledge baru especially dalam bidang Antenna, Switching,Network Architecture dan byk lagi. Lepas abes LI dekat sane, baru la tahu cmne proses yg berlaku time kita anta msg n terima msg dr orang lain. Sebelumni zero je, tak tahu ape2..hahaha. Ok lah, dalam entry kali ni bukan nk cerita pasal LI sbnrnya, yg ni lain kali jelah. Sbnrnya entri kali ni nk bgtau pengalaman berkunjung ke Negara orang, or dlm BI nya melancong ke oversea walaupun dekat je. Dulu mase kecik2 , mak dh pernah bwk saya pergi ke Thailand, Cuma x brape ingat kt mane tempatnya, yang masih ingatnya ialah Bandar Narathiwat, Pattani (pernah solat di masjid kt situ), Air Terjun kt Narathiwat, pastu Tak Bai, memang best sgt2 melawat kt Thailand ni. Tp yang sedihnya , ahli keluarga yg lain x dpt ikut termasuk la ayah saya, sbb masing2 ada kerja, pergi pun dengan sedara angkat belah mak saya. Ok , nk crita pasal Thailand ni, ada beberapa perkara yang best, pertamanya ialah, currency kt sane murah, so best la kalo la nk shopping, tp lagi best kalo dpt berkunjung ke Bangkok (ibu Negara Thailand), sbb byk beg, baju, souvenirsyg ada di jual kt situ, yg keduanya pulak, byk makanan2 pelik yang ada dijual kt sane yg mane kt Malaysia ni xde, orang Thai ni dia kreatif sket bab 2 makanan ni, dan kebanyakan mereka suka makan makanan pedas, cthnya Tom Yam Goong, Somtam, dan so on. Yg Ketiga plak, kt Thai ni ade penduduk yg beragama Islam, tp majority yg beragama Islam tggl di kwsn2 tertentu spt Pattani dan Narathiwat. Kalo melawat je kt 2 tmpat ni sure korang akan nampak byk Masjid yg didirikan. Saya pernah solat dekat satu masjid dekat Bandar Narathiwat, masjidnya adalah berdekatan dengan kuil untuk penganut Buddha. Masjidnya agak cantik dan unik, kat luar nampak biasa, tp apabila masuk kt dalam macam-macam ukiran kesenian yang diukir di bahagian dinding masjid tersebut.
Ok, dari segi makanan pula, kat Thailand ni susah sikit nak cari restoran yang halal-halal, ianya bergantung kepada kawasan dan penduduk di satu-satu kawasan. Contohnya macam kat Pattani, kebanyakan penduduknya beragama Islam jadi banyak restoran-restoran atau kedai makan yang halal. Ada lagi satu tempat yang saya ingat sampai sekarang ini iaitu kawasan air terjun dekat Pattani, tetapi saya lupa nama air terjun itu,,tempatnya sangat cantik, nak pergi ke kawasan air terjun itu pun, akan menaiki bukit dan pemandangan di kawasan itu teramat lah cantik. Untuk pengetahuan anda semua, air terjun di kawasan itu mempunyai banyak peringkat, di kawasan bawah kebanyakannya banyak ikan2 yang akan berenang2 di kawasan tersebut. Pelancong di larang untuk menangkap ikan di kawasan tersebut, hanya dibenarkan untuk memberi makanan sahaja. Untuk menuju ke bahagian atas, pelancong-pelancong perlu menaiki tangga yang sudah disediakan oleh pengurusan di kawasan tersebut. Biasanya jarang orang pergi kebahagian atas, kerana kawasan tersebut teramatlah sejuk, dan agak bahaya sedikit kerana tidak ramai orang-orang awam berada di bahagian tersebut. Saya juga diberitahu oleh saudara angkat saya yang tinggal di Pattani, menceritakan bahawa di bahagian atas kawasan air terjun itu pernah berlaku kes pembunuhan. Huhu memang seram dan meremang bulu tengkuk selepas mendengar cerita tersebut. Apa-apa pun saya sangat enjoy dan seronok sangat melancong ke Thailand, kerana bagi saya ianya merupakan sebuah Negara yang sangat unik, misteri dan mempunyai panorama yang sangat menarik. Ok lah setakat ini sahaja yang mampu saya coretkan,,harap sangat selepas ini dapat pula melancong ke Negara-negara lain apabila dah ada wang banyak nanti,,hehe =)
Salam kepada pembaca blog sekalian, huhu dh lama dh x update blog, maklumla dh akhir semester untuk degree level, tp if anda refers pada entri saya yg lepas yang berkisar tentang thesis, sekarang ni saya sangat bersyukur kerana dapat supervisor orang UK. alhamdulillah result thesis saya memberangsangkan untuk Final Year Project part 1, itulah dia moral of the story, jangan sekali-kali mengeluh dan berputus asa apabila mendapat sesuatu perkara, sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk kita,,,huhu...Alhamdulillah syukur ya Allah for everything..tiada yang lebih agung melainkan Dia.. so sekarang ni saya tengah bertungkus lumus untuk menyiapkan thesis saya untuk part 2 pulak, harap semuanya berjalan lancar insyaAllah..doakanlah.
Ok lah, entri kali ni sebenarnya saya ingin bercerita sedikit tentang tajuk ibu..huhu semua manusia yang dilahirkan di dunia ini pasti akan mempunyai ibu, walaupun hari ibu lambat lagi, tapi bagi saya setiap hari merupakan hari ibu,,...dialah segala-galanya buat kita, bayangkan 9 bulan 10 hari mengandungkan kita, melahirkan kita dengan penuh kesakitan, membesarkan kita, bersabar dengan setiap kerenah kita especially ketika sedang dalam proses tumbesaran, meberikan pendidikan sebaiknya, mengenalkan kita kepada siapa pencipta kita, mengajarkan Al-Quran dan solat, dan sentiasa bersama-sama dalam susah dan senang..huhu,,sebab itulah Allah meninggikan darjat untuk kaum hawa yang bergelar ibu, malahan bagi seseorang lelaki syurganya berada di bawah telapak kaki ibunya, sedangkan bagi seorang wanita yang berkahwin syurganya berada di telapak kaki suaminya, betapa indahnya ciptaan dan kejadian Allah bukan...
Ibu saya, dua dari kiri (bertudung kelabu+berjubah pink hehe =)
sebulan yang lepas, saya balik rumah untuk cuti semester, tiba-tiba terasa nak belek2 album gambar lama keluarga, tiba-tiba saya terjumpa satu gambar yang betul-betul membuatkan saya ingin menitis air mata, gambar itu merupakan gambar ibu saya ketika beliau mengandungkan saya, ketika itu kalau x silap usia kandungan ibu berusia lebih kurang 5 bulan, huhuhu,saya tanya kepada ibu saya, siapa baby kat dalam perut ibu tu?, beliau menjawab, "kamulah", beritahunya sambil tersengih memandang saya...huhu, gambar itu diambil ketika keluarga saya sedang menghantarkan abang saya yang sulung untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.. apabila melihat gambar tersebut hati saya betul2 tersentuh, betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu...huhu,,,disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wanita yang paling berjasa dalam hidup saya, yang sentiasa mendoakan dengan linangan air mata, yang mencium pipi saya setiap kali untuk datang belajar ke UTM, yang sentiasa menyediakan kelengakapan untuk anak2,sentiasa tabah dalam mendidik 11 orang anak yang semuanya bermacam jenis ragam... tiada pengorbanan yang lebih dari mu seorang ibu..harap sangat saya boleh menjadi seperti dia suatu hari nanti,,insyaAllah,, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua...
"Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama dengan Rasulullah SAW di dalam syurga"
Sayang ibu.....
p/s: rasa x sabar nak balik rumah n habiskan cepat2 this last semester.=)
Salam kepada anda semua, entri yang lepas berkisar tentang keputusan mengejut yang teramat sgt, huhu, sebenarnya saya sgt frust lepas saya dpt tahu keputusan dari coordinator yg saya tak dapat department yang saya inginkan, sebenarnya utk PSM (Projek sarjana Muda) nnti , sy bercadang nk buat pasal antenna, microwave atau wireless, dan semua pilihan saya itu adalah under RaCED ( Radio Communication Engineering Department), alih2 lepas coordinator saya upload senarai nama supervisor and student (hari jumaat pagi), saya sangat terkejut, kerana nama saya under Department of Telematics and Optic Communnication (TOP)..Dalam course yang saya ambil ini, hanya ada dua sahaja Department, iaitu RaCED dan TOP. Masa saya isi borang FYP (Final Year Project), Raced adalah first choice saya dan TOP adalah second choice..sedih dan sangat taksangka dgn keputusan mengejut ini. TOP semuanya berkisar tentangfiber optic dam telematics.
Dan satu perkara lagi yang paling membuatkan sy tekejut tak hengatialah, saya dapat supervisor orang luar, yang mane berkhidmat di UTM, dan baru shj mendaftarkan diri pada bulan ogos 2009, dia berasal dr UK dan nama saya ada dalam senarai student di bawah beliau.,supervisor Dr.David Ian Forsyth..Lepas dpt tau saya under TOP dan dpt Sv baru, saya terus call Coordinator yg psl PSM, En amerudin, beliau pun bgtau saya, awak perlu refer pada Head of TOP,, lebey kurang dalam pukul 3.30ptg semalam (hari jumaat) sy pegijumpa Dr.syarifah Hafizah (Head of TOP)..untuk membincangkan pasal hal ini, kerana dalam fikiran saya hanyalah ingin menukar supervisor dan apa yg Dr.Syarifah bgtau sy, “just stay”dan ayat yang paling membuatkan sy jadi speechless ialah “u must be proud of yourself, got supervisor from UK, same like students that studied in overseas, and u must grab this chances, and I know Dr. David is okay, kind person, always give suggestion, and also funny, u must be okay with him”.Lepas je dgr Dr syarifah ckp cmtu, sy rasekaku and xtaw nk ckp ape dengan keputusan mengejut dan tak disangka ini,,,sbb sepanjang saya belajar kt university,,saya tidak penah lagi bekerjasama ngan orang luar, dan BI saya pun asyik broken or x fluence, asyik tergagap je, so perasaan takut dan gementar itu adalah perkara yang tidak mustahil akan wujud.Tapi alhamdulillah, semalam pun saya byk dpt support dari keluarga, kawan2, serta senior berkaitan dengan hal ini. Mereka pun ckp benda yg sama, must think positive dan sntiasa anggap ini adalah satu peluang keemasan yg tidak ada pada orang lain serta mungkin ada hikmahnya. Di bawah ni merupakan kata-kata semangat yang diberikan oleh, adik, kawan dan senior saya..yang membuatkan rase nk menitis air mata sbb dpt support dan menaikkan semangat saya balik lepas dh down 2, 3 hari ni.huhu
1. “If I were you, I will pray Solat Sujud Syukur coz having such a good and Foreign Supervisor to complete u’r thesis, mostly people in UK are sporting and they are very smart. U must be proud of u’rself!, and I will kill u!, if u want to change u’r supervisor, hehe”…(this is from my youngest sister, she is good in English, everytime we shopping at mall, the first place that she will go is Bookstore and start to find herEnglish novel..that’s why I think Dr.David is suitable for her and not for me, I’m not good in English..sigh)
2. “ Aku faham bah, kalo ak dpt spvsr org putih pun mula2 stress+sedih gak, tp maybe ade hikmah di sebaliknya , fikir positive, mana tau at the end ko punya PSM berjaya kan?” huhu, this is word from my friend .,thanx a lot.
3. “ Diba, jangan sedih dapat Dr David. Dia OK insyaAllah..dia banyak bg suggestion. Lagipun kalau diba risau pasal English, Don’t worry. Time nilah dba nak belajar communicate and tambah confidence level untuk cakap English. Jangan risau, lagipun englishnya senang untuk difahami.”
Then saya reply: “huhu,,betul jugak apa yang senior cakap, mmg ada hikmahnya , time nilah kita build up our communication skills and confidence level. Td sempat juga jumpa Dr syarifah, dia pun ckp Dr david ok, kiranya kitorang jadi 1st PSM student dia kt Malaysia la ni, ,,btw thanx sgt2 bg support, kena think positive kan, huhu, thanx byk2my senior.
Then my senior reply: “Yeah!,, Gitu la semangat. Jangan –ve. Mana tahu, dia lagi best and bagi banyak guidance ke. And U should be proud tau, dpt sv orang luar lagi. Mana tahu, dia akan bagi guidance and pendedahan cam buat PSM kat oversea ke,,haa dapatla belajar culture diorang..hehe..dah2 toksah fikir susah. Boleh buatnya. PSM ni semua kena ikut kerajinan masing-masing, kita yang kena tolong diri sendiri .ok?Cheer up!. Hehe”( ini merupakan support dari senior saya yang baru sahaja menamatkan pengajian peringkat ijazah bulan mei tahun ini, sekarang beliau sedang mengikuti pengajian doctor falsafah (phD) selepas dapat tawaran dari UTM., saya msg dia beritahu pasal hal PSM saya ini, dan ternyata beliau tahu saya sangat sedih+down ketika itu, tp lepas dapat sokongan dan juga support yang tak berbelah bahagi drpd beliau, membuatkan saya bersemangat balik…thanx a lot my senior!,,,u are my best senior and motivator that I have ever had..semangat saya terus naik balik lepas baca msg dari dia,,huhu,,Alhamdulillah.)
Semalam pun saya YM (yahoo messenger dengan seorang kawan saya yang juga merupakan foreigner tetapi belajar di UTM),,,dia pun ckp benda yang sama..
My friend: Hey diba, u’r supervisor is Dr david, the british supervisor,,do you check it?
Me: Ya, I’m already check it, please, I’m not good in English,,huhu
My friend: First time I saw the list, I felt 4 u, I know,,,he’s is quite heavy English.
Me: This is the craziest thing in my life..’(
My friend: No lah, so who u will wanna work then? In your future, do u think, u will only work with Malaysian’s?. Life is not easy like u imagined. I know u can do it!.
My heart stops beating, I’m so speechless.,,correct!! She’s got the point,,,me? Someday i will understand why God choose me to do this.
Kalau anda jadi saya, mungkin pertama kalinya anda akan terkejut+sedih dan down kerana ada beberapa perkara, tetapi di dalam setiap perkara tersebut pasti ada kebaikannya:
1) dapat department yang bukan pilihan,,cuba anda fikirkan anda buat sesuatu perkara yang anda tidak minat? Tapi kalau fikirkan positif, minat itu boleh dipupuk ( ayat penyedap hati,,huhu)
2) dapat supervisor orang luar, dan langsung tidak fasih bercakap dalam Bahasa Melayu,
Ini lah perkara yang amat saya risaukan sebab nanti susah nak communicate pasal thesis ini. Nanti kalau ada apa2 probz macam mane nk ceritakan dalam bahasa Inggeris full. Tapi apa pun, perlu fikirkan positif balik, bila lagi nak communicate and menaikkan confidence level..pelajar overseas sana lagi lah, semuanya dapat lecturer orang luar semestinya. Jadi semuanya adalah perkara normal yang pasti berlaku kepada pelajar university.Setiap sesuatu benda pasti akan ada kebaikan dan keburukannya. Erm dahla malas saya nk fikirkan pasal hal ini,,yang penting Projek saya siap seperti yang ditetapkan insyaAllah..amin.
p/s: kawan2 doakanlah semoga PSM saya berjalan dengan lancar,,,,dan mungkin ada hikmahNya yang tersembunyi yang tidak diketahui., perlu berusaha keras dari sekarang.
Salam semua, harap berada di dalam keadaan sihat semuanya, hari ini, hari yang paling sedih+ depress+emosional+down dan sebagainya, tp semuanya x mampu utk ku tahan, sehingga nak mengalir air mata, Ya Allah jikalau ini adalah yang terbaik untukku ak pasrah segalanya, mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang tidak kuketahui..semoga PSM (projek Sarjana Muda) berjalan dgn lancar,,amin.
Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost That your so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can’t see which way to go Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3 Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake You feel you can’t repent And that its way too late Your’re so confused, wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way Insha Allah x3 Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah He’s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don’t let me go astray You’re the only one that showed me the way, Showed me the way x2 Insha Allah x3 Insya Allah we’ll find the way
p/s: lagu Maher Zain ni sedikit sebanyak bagi ak kekuatan..InsyaAllah everything will be fine.
Salam alaik kpd anda sekalian,,nk crite sket la pasal hal semalam,,,adik saya yang bongsu pergi bercuti ke cameron Highland anjuran PSS sekolah dia..dah dua kali dia pergi ke sana,,,saya pulak x pernah jejak kaki kt cameron highland tu, huhu,,best sangat ke saya pun xtau la..dia pergi ke sana petang khamis dan pulang semula ke rumah lebih kurang jam 9.30 malam semalam (jumaat)..sekejap je kan,,,hahaha,,tp apa2 pun, part yang paling bestnya ialah,,peti sejuk rumah saya dah dipenuhi dengan buah strawberi, jem strawberi, strawberi jeruk+kering, teh perisa strawberi, madu asli dan sebagainya,,ops terlupa plak ada satu benda lagi iaitu bantal strawberi pun ada jugak,,,hahaha..semua benda lah yg berkaitan dengan strawberi,,kalau anda semua nak tahu, buah strawberi nampak je kat luar tu merah menyala, nampak macam manis je kan,,,tp tup-tup lepas je makan sebiji,,tercengit mata saya,,masamnya!..erm macam tu lah juga dgn manusia,,kita xleh judge seseorang pada luaran sahaja,kita selalu dengar kata pepatah " don't Judge a book by it's cover",,,so kali ni saya nk ubah sket kata pepatah ni,,"Don't judge a strawberry by it's colour" hahha.. so jangan terlalu prejudis ok...macam buah strawberi ni, cewah siap ade analogi lagi,,haha...=p
Apa-apa pun sebenarnya xde kena mengena dgn siapa pun..yang penting sekali saya bleh makan strawberi dengan hepinya,,siap dgn cicah ngan garam lagi,,yang tu memang best,,susah jugak nk dpt buah strawberi kt kampung saya ni,,,kalo ade pun kt tesco, kbmall, dan tempat pasaraya yang lain, yang sememangnya agak jauh dari rumah saya,..=p..lagipun buah strawberi ni banyak khasiatnya,,korang semua bleh baca kt link ni Vitamin dan makanan untuk kulit
ok just merapu je hari ini,,haha,,xde info langsung pun hari ini yang dapat saya kongsikan,,hanya khasiat buah strawberi je yang saya link kan kt atas tu.,.ok nak pergi buat air ribena pulak lepas ni,,maklumla cuaca tengahari yang sangat panas,,sampai berpeluh2..fuhh,,kalo pekena air ribena ais ni memang best..=),,k wassalam.
Kita sering kali terbaca dan terlihat di mana-mana saja tentang ‘BOIKOT BARANG USA DAN ISRAEL.’. Serta kita juda dapat perhatikan hampir 70-80% perniagaan di dunia ini di kuasai oleh kaum Yahudi. Malah pentadbiran Amerika itu sendiri di bayangi oleh kaum Yahudi. Dalam Quran dan beberapa kitab-kitab ada menyatakan kaum Yahudi atau Bani Israel adalah golongan yang bijaksana, pandai berniaga walaupun sikap mereka yang sentiasa takbur sehinggakan di laknat oleh ALLAH.
Penulisan ini bukan untuk bercerita tentang ke’Takbur’an, Kezaliman dan Keganasan mereka. Namun di sini saya ingin anda semua termasuklah diri saya sendiri berfikir Kenapa mereka bijak dan mampu mengusai perniagaan dunia serta melahirkan ramai cendiakawan. Sedangkan kita orang Melayu sejak dari tahun 1970 sampai sekrang hanya dapat melahirkan kurang 20% usahawan daripada sasaran 30% walaupun dengan pelbagai dasar telah di unjurkan dan di laksanakan.
Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel yang di tulis oleh Dr Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO SMART?”. Saya terbaca pun setelah rakan saya ‘print’ dan menghebahkannya. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang adakah kaum Yahudi ini di lahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan atau atas usaha mereka sendiri? Selepas saya membaca artikel ini, saya ada membuat sedikit kajian dan membaca artikel-artikel lain bagi menyokongnya seterusnya melakukan perbezaan dalam kehidupan kita terutama Bangsa Melayu. Artikel ini beliau menulis setelah beliau melakukan pelbagai kajian yang mengambil masa berbelas tahun. Di sini saya ingin sedikit menguraikannya supaya kita semua dapat berfikir bersama.
Permulaan artikel ini, beliau menerangkan bagaimana proses ‘Kebijaksanaan’ Yahudi itu bermula. Menurut kajian Dr Stephan, apabila kaum Wanita Yahudi (si Ibu) mengandung, si Lelaki (Ayah) dan ibu tadi akan membeli buku matematik, menyanyi dan bermain piano. Dan semua perkara ini mereka akan lakukan bersama terutama menyelesaikan masalah matematik. Ini kerana keinginan mereka ingin melahirkan zuriat Yahudi yang genius dan bijaksana. Bagi saya ia amat menarik sekali. Jarang kita lihat perkara ini berlaku di kalangan orang kita. Dalam beberapa artikel lain yang saya baca, sekiranya si Ibu banyak berfikir tak kira yang bagus atau tidak, ia akan di ‘pindahkan’ kepada si anak dalam kandungan itu. Jadi sekiranya si ibu berfikir tentang menyelesaikan masalah matematik atau apa saja ilmu-ilmu, insya Allah dengan izinNYA ilmu itu akan di pindahkan kepada si bayi tadi. Itu sebabnya Islam amat menggalakkan kita membaca Al Quran, melakukan perkara yang baik lagi yang bijaksana supaya anak kita nanti akan berjaya dan menjadi seorang ‘MANUSIA’. Kaedah seperti meletakkan ‘head-phone’ ke perut dan mendendangkan lagu-lagu berilmu serta bacaan ayat Suci Al Quran pun amat berkesan kerana dengan sumber yang terus mampu merangsangkan otak si bayi.
Itu dari segi perbuatan semasa mengandung. Bagaimana dengan pemakanan si Ibu pula? Menurut artikel beliau, kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan susu saya rasa tak perlu la say ajelaskannya lagi kerana Rasullullah sendiri telah menjelaskan khasiatnya. Di samping itu, si ibu tadi di galakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad. Di tambahkan pula dengan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary).
Ini semua cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Kita masih lagi terikat dengan pantang larang yang di buat oleh orang dulu. Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba melakukan perkara yang member sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan kekacang. Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel kulit bayi. Itu sebabnya orang Yahudi putih. Kenapa orang Yahudi amat melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia terutama bayi yang sedang membesar. Jadi, macamana dengan Kari Kepala Ikan? Mmmm. Anda fikirkanlah.
Bagaimana dengan cara pemakanan orang Yahudi itu sendiri. Seperti saya katakan tadi, mereka suka makan ikan terutama fillet dan salad serta kekacang. Seperti orang kita, mereka amat melarang memakan daging dan ikan bersama. Sebabnya kita sendiri pun mengatahuinya. Kalau tak tahu, Tanya ibubapa kita. DI samping itu, mereka amat suka dan menggalakkan memakan buah-buahan dulu sebelum memakan hidangan utama.
Kajian menunjukkan ikan amat bagus untuk perangsangan minda dan ia sendiri telah terbukti di Malaysia. Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu. Satu kajian tak rasmi, menyatakan bahawa penduduk di dua buah negeri ini menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama. Ikan tongkol ini adalah sama spesis dengan ikan Solomon dan saya rasa anda semua sendiri tahu khasiat ikan Solomon. Sekiranya tak tahu, ikan Solomon mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda kita. Jadi khasiat ikan Tongkol adalah lebih kurang sama dengan ikan Solomon. Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan utama memang bagus untuk kesihatan. Islam dan Rasulullah sendiri telah mengajarkannya kepada kita. Cuma orang kita yang tak mahu mengikutnya dan lebih suka memakan buah selepas makan berat. Menurut kajian orang Yahudi sendiri, makan buah selepas makan hidangan utama terutama hidangan karbohidrat menyebabkan kita akan rasa mengantuk, lemah dan sukar memahami pelajaran atau ilmu. Di samping itu juga ia tidak baik untuk kesihatan badan kita. Betul tak lepas makan kita akan rasa mengantuk?
Bagaimana pula sistem pembelajaran anak-anak mereka? Dalam artikel ini serta artikel lain, kerajaan Yahudi itu sendiri amat menitikberatkan pendidikan. Pembelajaran mereka lebih menumpukan kepada sains, perniagaan dan musik serta penumpuan kepada sukan atau aktiviti luar darjah. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka berjaya dalam bidang sains dan perniagaan kerana kerajaan mereka sendiri memberi begitu penekanan sehingga melahirkan ramai cendiakawan serta memonopoli perniagaan dunia seperti Starbuck, DKNY, Levi’s, Dunkin Donut dan banyak lagi. Mereka amat mengalakkan anak-anak mereka mencuba perkara-perkara baru, mencipta projek-projek sains sendiri walaupun ia Nampak mengarut dan lucu kadang-kadang tetapi mereka di beri peluang berfikir dan sekiranya projek mereka seperti berpotensi maka pihak sekolah akan beri lebih ketelitian.
Kenapa mereka memilh musik? Menurut mereka, bermain musik dan memahami nota musik dapat meningkat IQ dan merangsang otak. Dan mereka juga mengalakkan atau mewajibkan kanak-kanak bermain piano dan biola. Bidang sukan juga turut di beri penekanan dan sukan memanah, menembak dan balapan. Bagi mereka, sukan-sukan terutama memanah dapat melatih otak memfokuskan sesuatu. Di samping itu, ibubapa amat mengawal pemakanan anak-anak mereka. Kanak-kanak di sana di haruskan makan buah-buahan bersama kacang badam dan memakan pil minyak ikan. Menurut beberapa pengkaji, orang Yahudi rata-rata memahami 3 jenis bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.
Berbalik kepada masyarakat kita. Bagaimana sistem pendidikan kita? Bagaimana dengan pembelajaran anak-anak kita sekarang? Apa yang saya boleh rumuskan adalah masih lemah. Walaupun pelbagai kaedah pembelajaran, pembaharuan dasar atau apa sekalipun ia masih belum menunjukkan sebarang peningkatan. Kalau kita perhatikan sistem pendidikan kita, tidak ada penekanan dalam mana-mana bidang. Anak-anak kita seperti tidak haluan untuk maju. Kita lebih menekankan sistem hafalan atau mengingat daripada pemahaman serta penelitian. Dan ini merupakan salah satu sebab kurangnya lelaki di institusi-institusi tinggi di Negara kita. Pengkhususan bidang hanya bermula apabila pelajar tersebut selesai mengambil PMR. Namun yang menjadi kehairanannya sekarang pelajar-pelajar yang keputusan PMR mereka lemah di suruh ambil bidang SASTERA. Tidakkah kita terfikir yang bidang sastera ini perlu banyak membaca. Kalau mereka ini rajin membaca keputusan mereka taklah LEMAH. Sekarang ada pengkhususan bidang seperti IT, Kejuruteraan, Lukisan dan lain-lain tetapi lebih kepada di sekolah-sekolah asrama penuh. Kalau dulu para pelajar yang lemah ini boleh mengharapkan aliran Vokasional tetapi sekarang Vokasional pun perlu kelulusan sederhana.
Itu sistem pembelajaran, di tambahkan para pelajar sekarang kurang aktif dalam bidang sukan mahupun ko-kurikulum. Walaupun pihak sekolah, guru-guru begitu mengalakkan penglibatan para pelajar dalam bidang sukan mahupun kokurikulm tapi sambutannya dingin. Para remaja atau pelajar sekarang lebih suka melepak di pusat-pusat membeli belah, merempit, dan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah. Itu kalau yang sederhana dan lemah, bagi pelajar cerdik pandai lebih suka duduk di rumah dan mengulangkaji pelajaran atau membaca buku. Bagus itu memang bagus tapi kurang sihat untuk otak kerana otak perlu juga untuk beraktiviti dan melakukan kerja lain selain mengingat segala huruf-huruf atau ayat-ayat. Sekarang di zaman moden dan serba canggih ini, semua orang perlu cepat kerana cepat hasilnya duit. Jadi apabila ibubapa terlalu sibuk dengan kerja atau mencari duit menyebabkan anak-anak di abaikan. Kurangnya sikap ambil berat tentang perilaku anak-anak menjadi faktor peningkatan jenayah juvana, hisap rokok dan lain-lain lagi. Daripada sini, macammana pemakanan anak-anak? Ibubapa sekarang terlampau meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada anak mereka sehingga berlakunya tekanan terhadap anak-anak. Mengharapkan anak-anak berjaya dalam peperiksaan, berjaya dalam kehidupan dan harap mendapat kerja yang hebat bila besar tetapi harapan yang di beri tanpa sedikit pun usaha mahupun penjagaan yang rapi menjadikan hasilnya,0. Itu sebabnya lahirnya mat-mat dan minah-minah rempit dan banyak lagi. Berbanding anak-anak Yahudi, mereka cukup di beri pemantauan dan pendidikan yang hampir sempurna oleh ibubapa mereka. Isu masalah remaja ini nanti saya akan utarakan kelak dalam penulisan saya seterusnya.
Dalam artikel Dr Stephan ini juga ada satu perkara yang begitu menarik minat saya. MEROKOK. Menurut beliau, orang Yahudi tak suka merokok dan mereka menganggap merokok ini adalah TABOO. Dan ada beberapa lagi artikel lagi menyokong kenyataan ini. Kebanyakkan daripada rakyat Yahudi ini tak suka kepada rokok dan juga perokok. Menurut penulisan Dr Stephan ini, para saintis Yahudi menjalankan satu kajian di mana Nikotin yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan sel-sel utama otak dan seterusnya melekat ataupun kerosakkan ini akan menjadi keturunan atau Hereditary. Jadi kesimpulan yang ringkas, perokok akan sentiasa membawa gen yang rosak otak seterusnya menghasilkan generasi yang ‘cacat’ otak. Dalam artikel ‘Prices Of Cigarettes’ menunjukkan harga sekotak rokok di Israel adalah lingkungan USD 25-30(RM 80-95) dan satu kajian yang terperinci oleh WHO mendapati rakyat Israel paling kurang menghisap rokok di dunia. Namun pengeluar dan pemilik rokok terbesar di dunia adalah dari kaum Yahudi dan hampir 100% keuntungan rokok dunia di salurkan ke Israel. Jadi kenapa semasa kempen boikot-memboikot barang USA dan Yahudi, jenama rokok terkenal tidak di boikot bersama? Anda fikirkan?
Jadi bagi perokok di luar sana, adakah anda tahu yang anda membawa gen-gen ‘cacat otak? Jangan marah kerana ini kenyataan. Memang sekarang anda tak nampak permasalahannya tetapi cuba lihat anak anda dan dua generasi anda seterusnya. Pernahkah kita terfikir kenapa anak-anak sekarang degil, suka memberontak, panas baran, tak dengar cakap ibubapa serta sukar untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara baru. Betul ramai pelajar yang berjaya dalam SPM, dari 9A1 hingga 20A1 dan juga ramai yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS. Adakah ini kualiti yang Negara mahukan. Tidakkah kita lihat lagi ramai para remaja yang ‘rosak’ daripada yang berjaya. Kajian WHO juga boleh menyokong kajian Dr Stephan ini di mana ia menyatakan bahawa masyarakat Asia khususnya Asia Tenggara adalah masyarakat yang paling banyak menghisap rokok berbanding di Negara lain. Bolehkah kita mengaitkan bahawa faktor rokok merupakan salah satu faktor di mana Negara-negara di Asia Tenggara kurang maju dan agak kebelakang.
Mari kita kita bandingkan, negara-negara Asia Tenggara yang lain selain SIngapura dengan hanya berkenaan rokok. Kebanyakkan Negara-negara di Asia Tenggara tidak mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan rokok. Malahan harga rokok pun tidaklah mahal sangat berbanding di Singapura. Di sana, hanya 10-17% rakyatnya merokok. Di samping itu juga untuk merokok hanya di kawasan tertentu saja dan sekiranya mereka merokok di kawasan terbuka mereka akan di kenakan kompaun dan akan di hadapkan ke mahkamah. Itu baru merokok, tak termasuk buang punting rokok merata-rata. Di Malaysia memang ada undang-undang untuk perokok tapi kurang atau tidak ada langsung penguatkuasaan.Walaupun kompaun sampai RM25,000 sekiranya merokok di kawasan larangan merokok tapi pernah kita melihat perokok di tangkap dan di kenakan saman atas kesalahan merokok.
Sedikit pengetahuan, kebanyakkan remaja Singapura di kategorikan antara remaja mempunyai IQ tinggi di dunia dan rakyat INDIA mempunyai IQ paling bagus di dunia. Jadi tak hairanlah Singapore National University antara 50 universiti terbaik di dunia dan berjaya melahirkan graduan yang hebat. Berbanding di Negara kita dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Jadi, mari kita berfikir tentang kehebatan kaum Yahudi berbanding bangsa kita. Memang mereka adalah kaum yang di laknat oleh ALLAH buat selama-lamanya tapi kenapa perkara yang baik kita tak boleh nak contohi, demi melahirkan generasi yang hebat, cerdik dan taat. Masih banyak perkara lagi yang saya tak sentuh terutama bab cara mereka membantu kaum mereka dalam perniagaan, bidang penumpuan di IPT, kesungguhan memartabatkan bangsa dan agama mereka dan banyak lagi. Jadi kesimpulannya adakah kaum Yahudi ini menjadi hebat kerana kurniaan daripada Tuhan atau pun atas usaha dan kesungguhan mereka sendiri. Ingatlah Allah sentiasa membantu orang bersungguh-sungguh. Anda fikirkanlah sendiri. Saya bukan menyokong mereka tapi hanya untuk kita semua berfikir dan sedar yang Islam kebelakang dan di tindas kerana kita tidak ada generasi yang hebat lagi cerdik pandai. Semoga Malaysia dan Islam terus maju kehadapan.
· Sedikit santapan – Satu kajian yang di lakukan bahagian Kardiologi PPUM di ketuai oleh Prof. Wan Azman menyatakan apabila kita sujud semasa sembahyang, pada ketika itu denyutan jantung kita akan menjadi perlahan dan stabil. Sekiranya jantung kita sentiasa berdenyut dalam keadaan yang biasa dan stabil, Insya Allah ia akan memanjangkan umur kita dan kualiti jantung kita. Fikir-fikirkan……
p/s 1: dipetik dari www.syok.org p/s 2: Info yang sangat bagus.
Saya seorang muslim, yg diamanahkan tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, masih lagi dalam proses pembelajaran..sekarang ini optical, microwave, antenna, wireless sudah menjadi sebahagian dalam hidupku, belajar tentang telekomunikasi+elektrik+jurutera.,inilah duniaku sekarang di kampus.